Bilik tidur adalah ruang peribadi dan beristirehat, jika anda dan pasangan seharian bekerja dan tidak bersua muka pasti diakhir hari bilik tidur akan menjadi tempat bertentangan mata.
Bilik tidur juga adalah tempat di mana hanya berdua sahaja di situ. Oleh itu, bilik tidur haruslah dihias dengan cantik dan romantik sekali, lebih-lebih lagi jika anda baru sahaja bernikah. Baru datang mood itu.
1.Cat putih dan merah jambu
Warna cat yang paling selamat untuk mengayakan bilik anda. Namun anda kena hati-hati tidak terlalu memonopoli dengan warna-warna ini kerana ia boleh nampak terlalu sarat. Mainkan warna tambahan untuk neutral kembali bilik dari gabungan perabot dan aksesori bilik.
2. Pilihan cadar
Ads
Benda utama dalam bilik tidur semestinya katil. Hiaskan katil anda dengan gaya cadar yang menggunakan fabrik selesa. Cadar romantik biasanya dikaitkan dengan cadar beropol, bercorak kosong dan selimut tebal. Sediakan juga beberapa untuk menarik rasa katil adalah tempat yang selesa dan sempurna romantis.
3. Cahaya bilik
Ads
Bukan senang nak wujudkan mood romantik kerana ia perlu menggunakan pencahayaan tepat. Mungkin ada boleh sediakan lampu meja atau lampu lantai yang beri kesan malap dan samar-samar. Ini dapat memberi lagi suasana yang lebih untuk anda dan pasangan.
4. Haruman
Ads
Untuk membarakan lagi suasana cinta anda pasangan, nyalakan lilin aromaterapi atau bau nyaman sebagai penambah seri bilik. Malah, cahaya malap lilin boleh menggantikan lampu-lampu biasa. Konsep sebegini boleh dilakukan pada hari istimewa anda dan pasangan atau memerlukan waktu rileks bersama
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rasa pelik tak deko bilik tanpa katil? Eh, biasanya kalau yang baru kahwin, baru nak mula hidup. Jadi nak pulun beli semua perabot, tak mampu. Jadi cuba cedok idea ini.
Malah selepas kahwin ada anak kecil pun, lagi lah berguna dan sesuai. Tidak lah anak bergolek ke bawah. Risau ya, kalau anak jatuh katil tanpa sedar.
Kalau ada yang dalam situasi ini, boleh ikut idea bilik tanpa katil daripada oleh Tri Puryana.
Menurutnya idea ini diambil dari Pinterest, awalnya dibuat untuk bilik anak perempuan tapi bila rasa selesa tidur tanpa katil, idea ini turut dibuat pada bilik lain.
Bilik anak perempuan yang dah siap. Walau tiada katil, head board tetap ada.
Ini bilik lain tapi proses sama dengan bilik anak perempuan. Pasang kayu untuk tinggikan dari lantai dalam 20cm.
Dah selesai pasang kayu, semua kerja ini guna khidmat kontraktor.
Bilik ini pun ada kepala katil walaupun bukan katil. Siap wiring untuk lampu atas kepala. Buat laci kanan dan kiri serta suis supaya tak berebut dengan orang sebelah.
Dah siap satu lagi bilik. Belum deko lagi sebab anak masih kecil.
Suka pilih konsep minimalis apabila hasilnya lebih kemas dan luas, jadi golongan isteri yang tak cukup masa nak mengemas rumah, boleh cuba idea ini.
Seperti idea yang dikongsikan Puan Susun Atur Sioca ini, ruang rumahnya nampak bersih dan luas.
Rujuk gambar kediamannya memang kosong sebab prinsipnya, tiada fungsi tak beli. Jika terbeli, let go. Malah dek kerana prinsip ini juga dapur pun nampak kosong. Tapi pegangan ini memang mudahkan kehidupan malah menjimatkan. Boleh lihat perkongsian beliau ini.
Wanita Ini Pilih Konsep Minimalis, Senang Kemas Rumah Dan Nampak Luas
Rumah saya ada empat bilik dan satu air well. Saya bahagikan ikut bilik utama, bilik anak, bilik baju, bilik buku dan ruang dobi.
Bilik tidur hanya ada katil sahaja. Tak ada barang lain. Almari baju pun tak ada. Baju semua di’one-stop-centre’kan di bilik baju. Side table juga tak ada.
Bilik anak-anak juga begitu. Hanya ada katil. Meja belajar, buku-buku semua di’one-stop-centre’kan di bilik buku. Kalau nak belajar, kami akan berkumpul setempat dan bawa semua keperluan belajar, dah sudah, letak balik di bilik buku.
Baju Cuma Gantung, Senang Nak Ambil Dan Simpan
Bilik baju saya gunakan konsep baju tergantung. Dah bertahun guna konsep ni. Konsep ini sangat membantu menjimatkan masa para ibu dan isteri.
Langkah dia semudah masuk baju dalam mesin, sidai guna hanger, angkut hanger ke tempat masing-masing di bilik baju, selesai!
Pakaian kecil-kecil masuk je dalam kotak tapi pastikan satu jenis satu ‘rumah’. Kain pelikat, kain batik, tuala kena lipat tapi easy peasy sahaja.
Jangan Campur, Baru Nampak Kemas
Bilik buku pula ada rak buku dan meja belajar. Itu sahaja. Nak bagi kemas, tersusun, efektif, sentiasa gunakan konsep SETIAP BARANG ADA ‘RUMAH’ SENDIRI. Jangan sekali-kali campur aduk bila kemas.
Ruang dobi saya letakkan di airwell rumah. Dia sebenarnya langit terbuka tapi kami tutup dengan zink lutsinar supaya hujan tak masuk tapi cahaya matahari boleh masuk. Di sini ada mesin basuh, ampaian, dan sedikit ruang untuk barang-barang stor contohnya cat, tangga dan lain-lain.
Dapur, ruang tamu, ruang makan pun sama. Ada perabot asas sahaja dan memang digunakan seharian. Kalau yang tak ada function, saya tak akan beli. Kalau dah terbeli, saya akan let-go. Semua perabot tak bertukar selagi tak rosak. Sebab tu kalau mai dulu dengan sekarang, itu jugalah rupanya.
Tiada Deko Di Dinding
Dinding semua kosong. Tak ada sebarang deko kecuali jam dan cermin. Saya tak rajin nak lap habuk kat bingkai-bingkai tu semua. Dulu pernah cuba nak hias-hias tapi tak kena dengan jiwa. Cabut balik, let-go semua.
Kat dapur je ada bingkai sebab nak tutup cela pada dinding (retak sikit sebab alih pintu toilet yang asal).
Tiada Karpet Tapi Ada PVC Mat
Rumah saya juga tak ada sebarang karpet kecuali satu pvc mat, meraikan tetamu yang lebih selesa duduk bawah.
Perjalanan minimalis saya ni entah bila mulanya. Tau-tau dah kosong je rumah. Adik saya cakap macam orang baru pindah.
Seronok dan lega. Tu perasaan saya dapat beritahu tentang journey ni. Banyak lagilah yang saya minimaliskan. Bukan rumah je, corak pemakanan, penjagaan seharian semua terkesan. Masih banyak perlu saya baiki. Masih banyak nak belajar.
Jadi kalau anda rasa rumah dah penuh dengan barang, cuba pilih konsep minimalis. Barulah nampak ruang lebih luas dan kemas.
Bila berumahtangga, pasangan yang baru berkahwin perlu bijak deko rumah supaya suasana nampak lebih tenang dan mood ‘baru kahwin’ itu berkekalan.
Haa… jangan kata tak pandai nak mula, anda boleh cuba guna tip hiasan dalam yang dikongsikan Syarikat hiasan dalaman, ZBS Furnishing & Interior untuk kediaman yang dihuni oleh pasangan baru berkahwin.
10 Tip Deko Rumah Untuk Pasangan Muda Baru Kahwin
1. Tentukan konsep pilihan yang diminati oleh suami dan isteri. Inggeris, moden, loaf, scandinavian dan lain-lain. Jika kedua-duanya mempunyai cita rasa yang berbeza maka bincanglah dan buat konsep mix dan match.
2. Rajin-rajin rujuk majalah dekorasi, mencari idea secara online atau offline.
3. Beli keperluan utama dahulu seperti peti ais, meja makan, sofa, tv, dapur dan katil. Kemudian barulah mula mencari keperluan hiasan untuk mencantikkan rumah.
4. Setiap hujung minggu anda suami-isteri mesti rajin ke kedai perabot, shopping mall dan juga ekspo dekorasi untuk mencari idea dan juga survey harga. Adakalanya jika bernasib baik anda akan terjumpa tawaran yang tidak masuk akal.
5. Mesti rajin DIY olah semula perabot terpakai atau benda terbuang dan ditukarkan menjadi salah satu elemen dekorasi yang menarik.
6. Mesti rajin mengemas rumah bagi memastikan kediaman sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan selesa barulah rumah jadi tenang umpama ‘RUMAHKU SYURGAKU”.
7. Barang-barang hobi juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah atau sebagai hiasan dinding. Contohnya gantungkan papan karom, lukisan yang dicat sendiri dan sebagainya.
8. Ada perabot yang boleh dibeli secara online tetapi dengan harga yang murah. Anda kena rajin membuat perbandingan harga. Kedai online yang berpangkalan di China juga banyak menawarkan perabot harga murah. Cuma anda sanggup tunggu lama atau tidak untuk proses shipment.
9. Jika ingin kurangkan belanja maka lebih baik cat sendiri kediaman. Walaupun mengambil masa yang lama tetapi anda dapat jimat beratus-ratus ringgit.
10. Untuk bahagian dapur beli bekas makanan dari warna dan jenis yang sama untuk kelihatan seragam.
Dapat sesuatu dalam tip deko kali ini? Kalau anda rasa tak mampu nak hias, buat ikut bajet sendiri. Yang penting, ada perubahan setiap bulan. Barulah hasilnya mantap!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!