‘Panaskan’ Pasangan Anda Dengan Tips Menghias Bilik Tidur Pengantin Ini

Share

Bilik tidur adalah ruang peribadi dan beristirehat, jika anda dan pasangan seharian bekerja dan tidak bersua muka pasti diakhir hari bilik tidur akan menjadi tempat bertentangan mata.

Bilik tidur juga adalah tempat di mana hanya berdua sahaja di situ. Oleh itu, bilik tidur haruslah dihias dengan cantik dan romantik sekali, lebih-lebih lagi jika anda baru sahaja bernikah. Baru datang mood itu.

1. Cat putih dan merah jambu

Warna cat yang paling selamat untuk mengayakan bilik anda. Namun anda kena hati-hati tidak terlalu memonopoli dengan warna-warna ini kerana ia boleh nampak terlalu sarat. Mainkan warna tambahan untuk neutral kembali bilik dari gabungan perabot dan aksesori bilik.

2. Pilihan cadar

Benda utama dalam bilik tidur semestinya katil. Hiaskan katil anda dengan gaya cadar yang menggunakan fabrik selesa. Cadar romantik biasanya dikaitkan dengan cadar beropol, bercorak kosong dan selimut tebal. Sediakan juga beberapa untuk menarik rasa katil adalah tempat yang selesa dan sempurna romantis.

3. Cahaya bilik

Bukan senang nak wujudkan mood romantik kerana ia perlu menggunakan pencahayaan tepat. Mungkin ada boleh sediakan lampu meja atau lampu lantai yang beri kesan malap dan samar-samar. Ini dapat memberi lagi suasana yang lebih untuk anda dan pasangan.

4. Haruman

 

Untuk membarakan lagi suasana cinta anda pasangan, nyalakan lilin aromaterapi atau bau nyaman sebagai penambah seri bilik. Malah, cahaya malap lilin boleh menggantikan lampu-lampu biasa. Konsep sebegini boleh dilakukan pada hari istimewa anda dan pasangan atau memerlukan waktu rileks bersama

 

Published by
NanyRahman