Kasut adalah salah satu kelengkapan yang wajib kita pakai sehari-hari semasa di luar rumah. Pemilihan kasut yang selesa memainkan peranan yang penting agar kita bebas berjalan ke mana sahaja.
Namun harus di ingatkan agar memilih kasut yang selesa dan betul sebelum anda membelinya. Bagi bakal raja sehari keselesaan kasut amat penting bagi anda kerana anda akan memakainya sepanjang berlangsungnya majlis anda.
Kasut yang tidak selesa akan memberi impak yang negatif kepada anda seperti tumit sakit, kasut ketat, terlalu keras dan sebagainya. Sebab itu kita harus memilih dengan teliti untuk di pakai pada majlis nanti.
1. Keselesaan
Ini adalah point nombor satu yang perlu anda titik beratkan. Pada hari perkahwinan anda nanti, anda akan banyak berdiri dan bergerak . Misalnya untuk sesi fotografi, melayan tetamu yang hadir majlis potong kek dan banyak lagi. Jadi pilih kasut yang selesa untuk dipakai , bukan kasut yang menyakitkan kaki atau lebih teruk lagi yang boleh membuatkan kaki anda melecet.
2. Ketinggian dan tumit
Melihat dari sudut fesyen dan kecantikan, semakin tinggi tumit kasut tu, semakin cantik bukan? Kasut tumit tinggi juga sudah diketahui ramai bahawa ia sememangnya boleh mencantikkan lagi penampilan seseorang. Jadi, jika anda tidak biasa memakai kasut tumit tinggi, janganlah pula memilih kasut yang berinci-inci. Jika anda masih ingin memakainya, mungkin anda boleh berlatih ìcatwalkî dan membiasakan diri terlebih dahulu.
3. Fabrik
Sebagai pasangan raja sehari kami mencadangkan agar anda pilih fabrik kasut dari fabrik yang nampak mewah. Seperti satin, silk atau lace. Jika anda menyarung busana tradisional , fabrik songket yang sedondon juga lebih sesuai. Selain itu perincian seperti labuci atau effect glitter juga mampu menaikkan aura glamour.
4. Stail
Walauapapun ia adalah dari pilihan anda, anda masih boleh memilih kasut mengikut citarasa dan gaya anda. Adalah penting untuk sentiasa menjadi diri sendiri dalam bergaya. Ingatlah ini majlis keraian anda pada hari tersebut. Anda berhak memilih untuk memakai apa yang anda mahukan.
5. Cuba sebelum beli
Bagi memastikan keselesaan dan saiz yang betul, harus di ingatkan agar jangan mencuba dulu kasut pilihan anda. Jangan ambil risiko dengan membeli kasut secara online pada saat-saat terakhir atau membeli kasut tanpa mencubanya dahulu. Selain itu cuba pakai kasut tersebut bersama dengan busana pengantin anda. Jika tidak sesuai dengan busana , anda masih sempat untuk membeli kasut yang lain bukan.
Sumber gambar : Pinterest