Tak kisahlah apa adat, agama dan bangsa seseorang itu, jika dia mempunyai adab dan sopan, sudah tentu akan menjadi buah mulut orang lain. Bila sebut orang jawa pula, ramai orang akan sebut kerajinan mereka. Oleh itu, siapa bakal dapat orang jawa, ini tips untuk mereka kenal style mereka.
Siapa orang jawa?
TIPS RAYA, KAHWIN & KENAL DENGAN ORANG JAWA
Paling best nak kenal orang Jawa adalah masa raya ini Sebab orang Jawa memang raya sungguh-sungguh. Nampak budaya Jawa masa inilah!
Raya style orang Jawa , boleh kata raya selama sebulan. Boleh kata semua kaum kerabat dan jiran-jiran akan cuba diziarahi, walau jauh akan cuba diusahakan untuk sampai. Selalunya satu keluarga ramai-ramai datang!
Ruang tamu untuk hari raya dibahagikan kepada 2-3-4 bahagian. Kira macam mini open house. Orang Jawa sangat menjaga tetamu. Kalau boleh bawa bekalan makanan untuk tetamu bawa pulang.
Orang Jawa bila minta maaf, akan duduk bersimpuh, genggaman tangan dierat lembut, mata pandang antara satu sama lain dan proses ini paling cepat 3 minit. Boleh jadi 10 minit dan boleh jadi akan menangis.
Orang Jawa sangat menjaga hubungan keluarga. Family come first. You get mess dengan orang Jawa, satu family boleh tahu.
Luhur budi orang Jawa, boleh buat orang cair ?
Kredit: Nur Najihah Muhaimin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Berhias Hanya Untuk Suami, Dekat Luar Jangan Lebih-Lebih
Kebahagiaan hidup berumah tangga adalah merupakan satu anugerah yang tidak ternilai daripada Allah buat mereka yang sudah berkahwin. Suasana mawaddah wa rahmah merupakan idaman bagi pasangan yang hidup bersama setelah akad nikah berlaku.
Diantara ciri terpenting dalam kebahagiaan dalam rumah tangga adalah si isteri. Sabda rasulullah,
“Hanyalah dunia ini semata kesenangan. Dan tidak ada kesenangan dunia yang lebih utama daripada seorang istri yang sholihah.” (HR. Ibnu Majah)
Dalam satu riwayat Nabi Daud pernah berkata seorang isteri yang buruk akhlak dan agamanya maka bagi suaminya merupakan satu bebanan berat yang dipikul, manakala isteri yang solehah pula ibaratnya seperti mahkota yang diperbuat daripada emas yang menyenangkan apabila dipandang.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Ahmad, diceritakan oleh seorang sahabat Hushain bin Mihshan bahawa makciknya pernah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam untuk suatu keperluan. Setelah urusannya selesai, Nabi pun bertanya kepadanya: “Apakah kamu mempunyai suami?” Dia menjawab, “Ya.” Beliau bertanya lagi: “Bagaimanakah sikapmu terhadapnya?” Dia menjawab, “Saya tidak pernah mengabaikannya, kecuali terhadap sesuatu yang memang aku tidak sanggup.” Beliau bersabda:
“Perhatikanlah posisimu terhadapnya. Sesungguhnya yang menentukan syurga dan nerakamu terdapat pada (sikapmu terhadap) suamimu.” (HR. Ahmad: 18233)
Jika kita lihat pada hadis diatas, kita dapat memahami bahawa kedudukan syurga atau neraka bagi seorang isteri terletak pada suaminya. Jika seorang isteri taat pada suaminya maka Allah telah menjanjikan syurga baginya. Jika sang isteri derhaka pula pada suaminya maka kelak azab dan seksaan Allah menantinya di akhirat sana.
Jadi boleh kita katakan bahawa seorang isteri agak mudah bagi mereka untuk memasuki syurga dengan hanya menjadi isteri yang solehah dan taat pada suaminya (walaupun sebenarnya tak adalah senang sangat)
Dalam hadis yang lain oleh Ahmad, Rasulullah bersabda;
“Apabila seorang isteri melaksanakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya akan dikatakan kepadanya; ‘Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu inginkan’.”
Begitu agungnya hak seorang suami yang ada pada isterinya, sehingga Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda;
“Sekiranya aku boleh memerintahkan seseorang sujud kepada orang lain, maka akan aku perintahkan seorang isteri sujud kepada suaminya. Sekiranya seorang suami memerintahkan isterinya untuk pindah dari gunung ahmar menuju gunjung aswad, atau dari gunung aswad menuju gunung ahmar, maka ia wajib untuk melakukannya.” (HR. Ibnu Majah)
Diantara hak suami yang perlu isteri pelihara adalah :
- Mentaati perintah suami selagi tidak melanggar agama.
- Mentarbiah anak-anak.
- Memastikan harta benda rumah dijaga sebaiknya.
- Tidak mengizinkan orang lain masuk tanpa kebenaran suami.
- Berhias dihadapan suami.
Rasulullah memberitakan siapa itu ahli syurga,
“Mahukah aku beritahukan kepada kalian lelaki penghuni syurga? Para Nabi di syurga, orang-orang yang jujur di syurga, orang yang mati syahid di syurga, anak yang baru lahir dan meninggal di syurga, seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di belahan kota, yang dia mengunjunginya kerana Allah di Surga. Dan mahukah aku tunjukkan kepada kalian wanita ahli syurga? Yaitu setiap isteri yang penuh cinta kepada suami serta penyayang kepada anaknya, yang ketika suaminya marah kepadanya ia berkata, ‘inilah tanganku berada ditanganmu, aku tidak boleh tidur memejamkan mata sehingga engkau redha kepadaku.” (HR. Nasai)
Artikel ini jika dibaca oleh golongan yang masih belum berkahwin memang terkadang rasa cemburu seolah-oleh terlalu mudah bagi mereka yang bergelar isteri untuk masuk ke syurga. Tetapi hakikatnya mereka yang bergelar isteri ini lebih memahami tidak semudah yang disangka untuk mendapat redha sang suami.
SUMBER : http://quranicgen.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kurangkan Kesan Gigitan Di Leher Dengan 5 Petua Ini, Sejam Hilang
Perkara sebegini selalunya akan berlaku pada pasangan kekasih ataupun pasangan pengantin yang baru mendirikan rumahtangga. Setiap kali berkasih-kasihan kebiasaannya akan muncul bekas berwarna merah pada kulit yang disebabkan oleh gigitan dan ciuman seseorang. Selalunya kesan ‘Lovebite’ ini akan kerap berlaku di bahagian leher.
Tanda lovebite ini sebenarnya sangat menganggu lebih-lebih lagi berada di bahagian leher yang sulit untuk disembunyikan.
Bahkan jika ada rakan yang melihat, ia mungkin akan menjadi bahan usikan dan gurauan pada semua. ‘Semalam kena gigit drakula ke? Apa yang akan anda jawab jika di soal sebegini? sudah pasti anda akan tersipu-sipu malu dengan memberi alasan terkena alahan dan gatal dan banyak lagi.
Tidak semua pendapat orang sama terhadap bekas lovebite ini. Jika anda sedang memohon pekerjaan, tetapi jika ada yang melihat bekas itu, sudah pasti pandangan serong dan negatif bagi penilaian syarikat. Selalunya bekas ciuman ini akan mengambil masa yang lama untuk hilang.
Usah risau lagi, berikut merupakan 5 tips mudah menghilangkan Lovebite di leher dengan cepat.
1. Tekapkan dengan bekas sejuk
Bagi menghilangkan bekaslovebite di leher dengan mudah adalah dengan menggunakan kiub ais. Anda harus tekapkan ataupun menekan dan mengurut secara perlahan. Jika tidak ada ais, anda boleh saja menggunakan sudu yang telah disejukkan terlebih dahulu dan tekapkan ke tempat bekas merah itu.
2. Tekapkan dengan bekas hangat
Jika anda dapati dalam masa 2 hari bekas tersebut masih juga belum hilang, anda boleh menggunakan langkah yang seterusnya. Letakkan bekas yang suam hangat ke bahagian leher dan lakukan urutan secara perlahan. Pada masa yang sama, kaedah ini juga mampu melancarkan aliran darah yang terkumpul mula pudar tanpa meninggalkan sebarang bekas.
3. Vitamin E
Anda juga boleh sapukan vitamin E di kawasan yang terkenalovebite dan urutkan dengan perlahan. Cara ini boleh membantu menghilang serta memudarkan warna merah di leher.
4. Teknik solekan
Jika masih juga tidak hilang, terpaksalah anda menggunakan teknik solekan bagi menyembunyikannya. Anda boleh gunakan solekan dan warna yang menyamai warna kulit anda.
5. Pakai baju kemeja
Cara terakhir bagi menyembunyikan bekas ciuman nakal itu, anda boleh memakai pakaian yang berkolar dan biarkan kolarnya terbuka. Sebaiknya gunakan pakaian yang boleh menyembunyikan kesan nakal itu supaya tidak diketahui orang ramai.
Jika anda tidak mahu berada di dalam kesusahan dan tersekat untuk melakukan sesuatu yang normal, janganlah membuat ciuman nakal sebelum mempunyai hubungan yang sah.
Jangan sampai perbuatan tersebut boleh memalukan anda dan orang lain menganggap anda seorang yang murah dan tidak bermaruah. Jika digelar sebegitu, sudah pasti anda anda akan rasa marah. Oleh itu cuba elakkan perkara yang boleh memburukkan nama anda dan keluarga. Jika mahu, berkahwinlah cepat-cepat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hadap Rutin Sama, Stress Isteri Tak Akan Sama Dengan Suami Yang Bekerja
Penah tak ambil tahu tentang stress isteri di rumah? Atau yang jenis bekerja tetapi pulang buat rutin rumah tangga sampai tak cukup rehat?
Haa… sebab itu lah suami kena menjiwai emosi orang rumah, sesekali kena bertanya khabar dan mungkin boleh bawa dia keluar jalan-jalan. Nak lebih memahami keadaan ini, jemput baca perkongsian saudara Akhtar Syamir Nor Azman ini…
Stress Isteri Tak Akan Sama Dengan Suami
Isteri yang stress akan menangis. Kalau dia tak menangis depan orang, dia akan menangis sendirian dan akan mendiamkan diri.
Kepenatan akan membawa kepada kemarahan. Kemarahan itu perlu diredakan. Tempat paling dekat untuk dilepaskan ialah pada anak-anak.
Marah, geram, menjerit kat anak-anak dan ada kalanya sampai memukul pun ada. Kemudian mereka akan menyesal, sedih dan menangis.
Bekerja Tanpa Cuti
Menjadi mak dan isteri ni umpama bekerja tanpa ada hari cuti. Ada orang menganggap apabila seorang isteri tidak bekerja atau bukan hari kerja dan duduk di rumah ialah sama seperti bercuti dari kerja.
Sebenarnya tidak. Kerjanya sentiasa ada. Kerjanya tidak habis-habis. Apa yang biasa dibuat para isteri nampak macam mudah, tetapi ianya adalah satu kerja yang dibuat berulang-ulang setiap hari.
Bayangkan buat satu-satu benda tanpa henti berhari-hari lamanya. Memang penat. Yang tak nampak penat ialah orang yang tengok orang buat kerja dan bukan orang yang buat kerja itu sendiri.
Jangan Pandang Remeh
Isteri sangat stress. Jangan pandang remeh. Saya tengok ada je di kalangan wanita sendiri pandang serong bila ada yang kata mereka penat. Tak semua situasi sama. Tak semua hubungan itu sama. Stress fizikal dan mental orang, lain-lain. Kalau kamu tak stress, bersyukurlah.
Ada juga yang kata, “ye la, lelaki tak pernah stress”. Tak sama bro. Stress lelaki dan stress para isteri dan mak ni kategorinya lain. Tak dinafikan kita memang stress juga, tapi kita bukan duduk di rumah sentiasa, kita juga bukan buat kerja rumah setiap hari. Handle anak-anak kecil ni cabaran dia lain macam.
Ambil peduli dan bantu mana yang patut. Jangan ditambah tekanan si isteri.
Begitulah kisahnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI