Tips Raya & Kelebihan Kahwin Dengan Orang Jawa Yang Boleh Buat Orang Cair

Share

Tak kisahlah apa adat, agama dan bangsa seseorang itu, jika dia mempunyai adab dan sopan, sudah tentu akan menjadi buah mulut orang lain. Bila sebut orang jawa pula, ramai orang akan sebut kerajinan mereka. Oleh itu, siapa bakal dapat orang jawa, ini tips untuk mereka kenal style mereka.

Siapa orang jawa?
TIPS RAYA, KAHWIN & KENAL DENGAN ORANG JAWA

Paling best nak kenal orang Jawa adalah masa raya ini Sebab orang Jawa memang raya sungguh-sungguh. Nampak budaya Jawa masa inilah!

Raya style orang Jawa , boleh kata raya selama sebulan. Boleh kata semua kaum kerabat dan jiran-jiran akan cuba diziarahi, walau jauh akan cuba diusahakan untuk sampai. Selalunya satu keluarga ramai-ramai datang!

Ruang tamu untuk hari raya dibahagikan kepada 2-3-4 bahagian. Kira macam mini open house. Orang Jawa sangat menjaga tetamu. Kalau boleh bawa bekalan makanan untuk tetamu bawa pulang.

Orang Jawa bila minta maaf, akan duduk bersimpuh, genggaman tangan dierat lembut, mata pandang antara satu sama lain dan proses ini paling cepat 3 minit. Boleh jadi 10 minit dan boleh jadi akan menangis.

Orang Jawa sangat menjaga hubungan keluarga. Family come first. You get mess dengan orang Jawa, satu family boleh tahu.

Luhur budi orang Jawa, boleh buat orang cair ?

Kredit: Nur Najihah Muhaimin

Published by
webadmin