Tok Ram Kena Prank Dengan Isterinya, Nampak Sweet Sebenarnya

Share

Nampak sweet pula Tok Ram dengan isterinya, Datin Alyah dalam satu video yang tular di media sosial baru-baru ini.

Normal lah sesekali usik mengusik antara suami isteri dan  sepatutnya perkara ini wujud  dalam rumahtangga untuk kekal bahagia dan romantis.

Tok Ram Kena Prank Dengan Isterinya, Nampak Sweet Sebenarnya

Baru-baru ini penyanyi Datin Alyah sekali lagi berkongsi momen manis bersama suaminya, Datuk Ramli MS di akaun Tiktoknya dan sekali gus mencuri perhatian dalam kalangan peminatnya.

Dalam perkongsian tersebut, Alyah telah memuat naik videonya bersama suaminya yang pada awalnya Tok Ram menyangka untuk merakam gambar berdua sebagai kenang-kenangan.

Namun begitu setelah bersedia dihadapan kamera telefon, buat seketika barulah Tok Ram menyedari isterinya bukan merakam gambar tetapi sedang merekod video. Lantas Tok Ram terus kelihatan malu dan berlalu pergi.

@alyah81official Suami kite ni sejenis tak bole beza video ke gamba 🤣🤣🤣 Pernampakan saka dibelakang melompat2 🤭🤭🤭 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypAlyah ♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

“Suami kita ni sejenis tak bole beza video ke gambar. Pernampakan saka dibelakang melompat-lompat,” tulisnya.

Tertarik  melihat kemesraan dan kelucuan gelagat pasangan suami isteri ini, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya.

Bahkan ramai yang turut memuji  Tok Ram yang kelihatan tidak garang, kelakar malah sweet apabila bersama isterinya, Alyah.

Ramai yang memuji betapa Aliyah dan Tok Ram meskipun jarak umur yang jauh namun tetap bahagia dengan cara mereka.

Sumber : Tik Tok @alyah81official

 

Published by
Nadia