Siapa kata sarapan pagi dan makan malam boleh membuatkan anda gemuk? Hakikatnya, makan tiga kali sehari penting bagi memastikan anda sihat. Malah jika anda ingin kurus, jangan sesekali mengabaikan pengambilan sarapan pagi dan makan malam terutamanya ketika anda dalam proses diet.

Kesalahan besar bagi orang yang berdiet adalah tidak mengambil sarapan pagi kononnya takut berat badan naik mendadak. Hakikatnya sarapan pagi membuatkan berat badan anda lebih mudah dikawal. Orang yang suka bersarapan cenderung memiliki berat badan yang lebih terkawal berbanding orang yang tidak suka bersarapan pagi.

SARAPAN PAGI HINDARI PERUT LAPAR

Kenapa begitu? Menurut satu teori, sarapan yang sihat dapat mengurangkan rasa lapar sepanjang hari dan membantu anda memilih menu makanan lain yang sihat di waktu makan tengah hari. Jika tidak bersarapan, anda  pasti akan kelaparan dan hasilnya, anda akan makan lebih banyak ketika waktu tengah hari dan malam.

Ads

Tidak hanya mampu mengendalikan berat badan, sarapan pagi yang sihat juga berupaya memberikan kita tenaga untuk melakukan aktiviti sepanjang hari. Malah sarapan pagi juga mampu meningkatkan konsentrasi dan gerak kerja anda, menjaga daya tahan tubuh malah membantu menurunkan kadar kolesterol.

Apa yang perlu dijaga, sarapan pagi jangan asal ditelan. Menurut sebahagian besar penelitian, sarapan sihat terdiri daripada protein dan/atau biji-bijian penting yang mampu menyumbang terhadap penurunan berat badan. Bukan sarapan dengan menu yang sarat dengan lemak dan kalori.

Dengan menu sarapan pagi yang kaya dengan protein dan serat tersebut, anda akan berasa kenyang lebih lama dan nafsu makan akan mudah terkawal sepanjang hari. Jangan lupa sertakan juga buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin serta mineral.

Ads

MAKAN MALAM BUKANLAH LARANGAN

Selain tidak ingin bersarapan pagi, banyak juga orang enggan mengambil makan malam alasannya agar berat badan tidak bertambah atau bergerak jauh ke kanan. Padahal makan malam itu tidak dilarang, asalkan ukuran atau jumlahnya sahaja yang dikurangkan. Yang disarankan untuk anda hindari ialah makan lagi setelah makan malam. Dua hal tersebutlah yang menjadi faktor penggalak berat badan naik berkilo-kilo.

Jika anda  sudah makan malam tapi perut tetap berkeroncong, anda disarankan untuk mengambil minuman yang bebas kalori, selain tidak mengambil makan ringan di tengah malam. Pastikan juga anda memberus gigi sebelum tidur bagi mengelakkan anda mengambil makanan ringan selepas itu. 

Ads

Sebenarnya makan tiga kali sehari; sarapan, makan tengah hari dan makan malam, menyihatkan. Bahkan menurut penelitian tahap awal, orang yang makan tiga kali sehari memiliki kadar lemak dalam darah yang lebih rendah. Yang penting ingatlah kata kuncinya, pilihlah menu makanan sihat yang terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian, produk tenusu yang bebas lemak atau rendah lemak, daging tanpa lemak, ikan, kekacang dan telur.

Jangan lupa untuk memilih makanan yang rendah kandungan lemak jenuh, lemak trans, kolesterol, garam dan gula tambahan. Selain itu, perhatikan pula keperluan kalori harian anda sesuai dengan usia dan jantina.

Sekiranya anda mahu berat badan turun dengan cepat, ayuh, ambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam yang sihat. Jangan lupa bersenam!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI