Sesetengah pasangan jika ingin mendirikan rumah tangga pasti akan melalui fasa pertunangan dan seterusnya ke perkahwinan. Tapi ada juga yang memilih untuk terus berkahwin tanpa bertunang dulu. Walau bagaimanapun, itu pihak masing-masing.

Setiap pasangan yang bertunang wajib menjaga adab dan akhlak pertunangan dari awal lagi kerana jika tidak dipelihara perkahwinan tidak diberkati Allah SWT. Walaupun pasangan itu diikat dengan tali pertunangan, mereka perlu ingat bahawa mereka seperti orang lain iaitu bukan mahram.

Dipetik dari Purewow, di bawah ini dinyatakan empat perkara tentang pertunangan yang sebaiknya tidak dimuatnaik di media sosial.

Ads

1. Jumlah karat

Tak perlu memuatnaik di media sosial berapa karat cincin yang anda pakai. Tak perlu pula memberitahu netizen berapa harga cincin yang dibelikan oleh pasangan anda. Selain menimbulkan kecemburuan sosial, memberitahu harga cincin di media sosial membuat anda nampak sombong.

Ads

2. Mengumumkan di media sosial sebelum memberitahu keluarga besar

Mengumumkan pertunangan di media sosial sah-sah saja. Tetapi jika mengumumkannya sebelum memberitahu saudara dan keluarga, boleh membuat perasaan mereka terluka. Bayangkan apa yang mereka rasakan ketika dapat tahu pengumuman pertunangan anda dari media sosial. Sebaiknya rahsiakan rancangan pertunangan anda dan beritahu secara diam-diam pada keluarga. Setelah itu baru umumkan khabar bahagia ini di media sosial untuk memberitahu teman-teman anda.

Ads

3. Tarikh dan butir-butir acara

Muat tarikh, tempat, dan butir-butir acara pertunangan di media sosial adalah hal yang sebenarnya tidak perlu dilakukan. Sebab seharusnya maklumat ini hanya diagihkan kepada mereka yang diundang.

4. Future Mrs

Anda sangat optimis meletakkan namanya di profil dengan gelaran Mrs. Ini adalah berita baik. Namun jika terlalu berlebihan di media sosial, boleh membuat followers anda rasa bosan dan menghapuskan persahabatan anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI