Laku keras toner Jepun ini ya, maklumlah ramai yang review kata berkesan dan kulit nampak makin cantik dan hilang segala cela di wajah.
Haa… anda tahu tak produk ‘kelahiran’ Jepun ini bukan sahaja menjadi kegemaran di sana. Malah, menjadi pilihan kebanyakan wanita di Malaysia. Kalau masuk ‘kedai hijau’, susah betul nak mendapatkan toner serba boleh ini. Mana-mana pergi, mesti kehabisan stok.
Naturie Hatomugi Skin Conditioner dirumus khas untuk menyasarkan pelbagai jenis masalah kulit, seperti mengecilkan pori-pori, garis-garis halus, dan penuaan kulit.
Lepas itu, produk ini membantu menghilangkan jerawat dan memperbaiki masalah tona kulit tidak sekata.
Apa yang best sangat, boleh digunakan sebagai toner untuk mengimbangi keasidan kulit, melicinkan kulit, meningkatkan keanjalan kulit dan melembapkan kulit sepanjang hari.
@atkhzkri Belum cuba belum tahu dah cuba repeat berbotol botol 😆 #tonerhatamugi #tonerviral #tonerjepun #skincareroutine #glowingskin #ikazukri ♬ Stupid Heart x Rover – Kuya Magik
Toner serba boleh ini juga bagus untuk mengurangkan kemerahan, jerawat dan parut jerawat. Malah boleh digunakan sebagai face mist untuk menyegarkan kulit.
Teksturnya yang ringan dan bebas daripada bahan perwarna serta wangian ini sangat sesuai untuk kesemua jenis kulit. Best, bukan?
Nak tahu sejauh mana berkesan toner Jepun ini, anda kena lah dapatkan dan cuba pakai sendiri!
Kredit video: atkhzkri