
Bagi anda yang mencari idea untuk solekan pada hari bahagia anda, di sini kami akan berkongsikan antara yang popular dan trending setakat ini. Ada 5 tema yang berbeza boleh anda cuba, sememangnya cantik dan menawan.
Setiap wanita pastinya inginkan agar mereka tampil bergitu cantik daripada muka hinggalah ke bawah. Mereka mahukan seoperti seorang puteri di majlis perkahwinan mereka. Mari kita lihat antara5 tema yang selalu menjadi permintaan di hari bahagia mereka.
1.Bollywood Makeup

2. Natural Makeup

Pilih yang padan dengan muka anda ya. Baru cantik.
3. Dolly Makeup

4. Barbie Makeup

Makeup biarlah matching-matching dengan baju baru cun
5. Nude Makeup

Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jadikan 8 Pantun Ini Sebagai Penyeri Majlis Kahwin. Selain Meriah, Silap-Silap Boleh Viral!

Tidak meriah majlis perkahwinan tanpa disulami dengan adat Melayu. Budaya yang dibawa hingga ke hari ini mampu memberi keserian buat keseluruhan majlis perkahwinan. Paluan kompang, persembahan silat untuk pengantin, menepung tawar dan lain-lain lagi menjadi acara penting dalam perkahwinan Melayu.
Begitu juga dengan adat berbalas pantun. Pantun merupakan pelengkap majlis yang boleh memeriahkan majlis perkahwinan Melayu. Pantun usik-mengusik sering dijadikan pilihan dalam majlis perkahwinan sekali gus mampu mencuit hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Nak majlis perkahwinan anda jadi bertambah meriah? Jadikan 5 pantun popular ini sebagai penyeri majlis perkahwinan anda, silap-silap boleh jadi viral nanti!
1. PANTUN SEMASA PENGANTIN TIBA
Orang ke laut menjala udang,
Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang,
Yang dinanti sudah pun tiba.
Tanam serai berumpun-rumpun,
Disiram air setiap hari,
Lemah gemalai hayun tersusun,
Maklumlah dipanggil raja sehari.
2. PANTUN SELAMAT DATANG
Buah pauh mari dikerat,
Alamat petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga dekat,
Selamat datang kami ucapkan..
Pijat mati disarang kerengga,
Anak murai saja berlari
Hajat hati sekelian keluarga,
Hendak merai raja sehari.
3. PANTUN SELAMAT
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Rafak susun jari sepuluh,
Minta doa biarlah selamat.
4. PANTUN SEMASA TEPUNG TAWAR
Orang jauh dikenang-kenang,
Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang,
Akad dilaksana sama bersatu.
Anak Cina mengail patin,
Mengail patin di tepi titi,
Senyum terukir pasangan pengantin,
Tanda gembira penuh di hati.
5. PANTUN MAKAN BERADAB
Puan dibawa ke Gunung Ledang,
Dibawa dengan penuh beradab,
Pinggan mangkuk telah terhidang,
Kini tiba makan beradab.
Semerbak haruman bunga Seroja,
Dibelai oleh dara pingitan,
Lauk-pauk penuh semeja,
Jemput semua menikmati hidangan.
Berdua mencari renda,
Dapat satu di Inderagiri,
Doa daripada ayahanda bonda,
Agar masjid kekal berdiri.
6. PANTUN PENUTUP
Tanam pisang tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuknya mati,
Budi semua tak kami lupa,
Sudah terpaku di dalam hati.
Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat laksamana bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah sempurna segala adat.
7. PANTUN TERIMA KASIH
Memang pipit memakan padi,
Telah lagi diberi beras,
Bukan sedikit tuan-tuan berbudi,
Budimu tuan sukar dibalas.
Nasi putih nasi lemak,
Sajian makanan di waktu pagi,
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi bertandang ke majlis kami.
Kalau tidak kerana bulan,
Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan,
Tidak majlis sepermai ini.
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memintal tali,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan mempelai dua sejoli.
Anak Cina memasang lukah,
Lukah dipasang di Tanjung Selasih,
Pasangan pengantin segak melangkah,
Mara menuju mahligai kasih.
Tiup serunai di atas kota,
Uda memupuk bunga Melati,
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai di dalam hati
8. PANTUN USIK MENGUSIK
Sudah lama langsatnya condong,
Barulah kini batangnya rebah,
Sudah lama niat dikandung,
baru sekarang diizinkan Allah.
Orang membelat di tepi pantai,
Banyak dapat ikan tembakul,
Yang kami hajat sudah tercapai,
Yang kami doakan sudah terkabul.
Asal dari Bukit Siguntang,
Kisah hikayat tidak terperi,
Kami mengucap selamat datang,
Hadir tuan menambah seri.
Bagai ruas dengan buku,
Bagai daging dengan kuku,
Hidup di air satu perahu,
Di darat satu kelambu.
Menitis peluh merentas ladang,
Hati-hati menjejak kaki,
Sebaik saja sajian dihidang,
Sudilah tuan-puan persilakan diri.
Beli titi kayu belian,
Belian dibeli dari ulu,
Minta sudilah hadirin sekalian,
Jangan segan jangan malu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ciri Suami Terbaik Ialah Yang Memiliki Ciri-Ciri Ayah Kita Dan Kamcing Dengan Ayah Kita

Kena kahwin lelaki yang bagaimana supaya bahagia?
Jawapan:
Lelaki yang terbaik ialah yang memiliki ciri- ciri ayah kita. Dan kalau suami kita kamcing dengan ayah kita, syukur Alhamdulillah.
Ayah, kita tahu dia marah. Tapi dia cepat- cepat ambik kunci motorsikal keluar rumah lepak dekat kedai roti canai. Dia selalu redakan diri dia.
Ayah, kalau mak marah, dia diam. Kita tahu mak kita salah, tapi ayah pulak yang mintak maaf.
Ayah, kalau mak mintak duit, dia akan bagi secukupnya. Bahagian dia, dia tak fikir sangat. Yang penting anak- anak didahulukan.
Ayah, biasanya anak- anak tak cakap ” I Love U” kat dia. Anak- anak biasa cakap sayang kat Mak. Tapi ayah sayang kita sama sahaja.
Ayah, kalau anak nak masuk U, dia rela jual segala harta. Bagi dia, kebanggaan bila anak berjaya walaupun dia tak ada apa- apa harta.
Ayah, mungkin dia jarang bercakap dengan kita. Tapi doa dia, tak pernah putus.
Ayah, jasa dia pada kita tidak ternilai saudara. Berkorban seluruh jiwa raga dia pada kita. Hanya kita buta menilainya.
Cari lelaki seperti ayah. Mudah- mudahan bahagia.
Al- Fatihah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Gaduh Lama-Lama, Dah Kahwin Nanti Kena Tetapkan Peraturan Ini Dalam Rumah Tangga

Isi Kandungan
ToggleSedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Mustahil tiada langsung perselisihan faham berlaku di dalam rumah tangga. Perkara ini merupakan situasi yang tidak boleh dielakkan lagi.
Jadi, apa kata daripada membiarkan setiap sesi pergaduhan menjadi berlarutan, tetapkan peraturan yang dipersetujui bersama pasangan. Ini bagi menjamin anda dan pasangan masih berada dalam keadaan terkawal walaupun dalam situasi yang tegang.
1. Jangan Bergaduh Di Khalayak Ramai Terutama Di Depan Anak
Bergaduh di hadapan orang lain hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, masing-masing akan berebut-rebut untuk menang berbanding mencari jalan untuk menyelesaikannya. Perlu diingat, jangan sesekali ‘berperang’ di hadapan anak-anak, kerana ini akan memberi impak negatif kepada mereka sehingga besar.
2. Jangan Bergaduh Melalui Telefon
Ini termasuk melalui aplikasi teks seperti whatsapp dan sebagainya. Ini kerana maksud yang ingin di sampaikan itu di salah erti. Sedikit salah faham sahaja mampu mencetuskan pergaduhan yang lebih serius. Lebih baik perselisihan faham diselesaikan secara face-to-face. Anda tidak hanya boleh menilai keikhlasan melalui kata-kata sahaja tanpa melihat perkara lain seperti nada suara, bahasa tubuh dan ekspresi muka pasangan.
3. Jangan Tidur Dalam Keadaan Marah. Tetap Tidur Di Atas Katil Yang Sama
Seboleh-bolehnya cuba selesaikan perang anda dan pasangan sebelum masuk tidur. Tidur dalam keadaan marah menandakan tiada penyelesaian kepada perselisihan anda, seterusnya akan memanjangkan tempoh perang tersebut sehingga esok hari dan hari-hari berikutnya. Jadikan katil tempat anda berdua beradu sebagai ‘fight free zone’. Sebesar mana pun perselisihan faham di antara anda berdua, anda akan tetap tidur bersama.
4. Ambil Masa Untuk ‘Cooling Off’
Masa bertenang membolehkan anda dan pasangan berfikir dengan waras dan rasional. Perkara ini boleh mengelakkan terjadinya perbalahan dengan nada suara yang tinggi seperti terjerit-jerit dan menengking. Anda berdua akan lebih cepat menyelesaikan perselisihan dalam keadaan bertenang dan rasional.
5. Jangan Kongsi Cerita Gaduh Anda Dengan Ibu, BFF Mahupun Di Media Sosial
Meluahkan atau menceritakan hal selisih faham anda kepada orang lain bukanlah jalan menyelesaikan masalah, lebih-lebih lagi dengan meluahkannya di laman sosial. Tanya diri sendiri, apakah tujuan anda berbuat demikian, mahu si dia kelihatan jahat dan anda baik?. Secara realitinya anda bukan sahaja tidak menghormati pasangan, malah membuka aibnya kepada orang lain.
6. Jangan Menjerit-Jerit Atau Mengeluarkan Kata-Kata Kesat
Semasa berada di dalam keadaan marah, kita sememangnya cenderung untuk mengeluarkan kata-kata kesat, namun anda sendiri tidak suka jika pasangan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda bukan? Menjerit-jerit dan mencaci maki mungkin memberikan anda rasa puas, namun untuk seketika sahaja. Pernahkah anda terfikir jika cacian anda itu menjadi satu doa buat pasangan?
7. Cari Jalan Penyelesaian
Semasa berada dalam situasi tegang tersebut, anda seharusnya sentiasa ingat matlamat utama adalah untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan sesekali fokus tentang salah siapa perkara ini terjadi. Anda perlu membuat keputusan tepat untuk bangkit daripada kekecewaan dan kemarahan untuk mencari cinta dan kekuatan.
Jadi, tetapkanlah ‘Peraturan Gaduh Aman’ anda bersama pasangan dan paling penting pastikan masing-masing mematuhi peraturan ini. Kalau perlu, tambah peraturan baru dari masa ke semasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI