Kecantikan

Sebelum Makeup, Tuam Muka Dengan Ais. Barulah SOLEKAN TAHAN LAMA!

Share

Pastinya ada pelbagai petua yang kita dengar terutama dalam penjagaan wajah menjelang hari bahagia. Bila nak kahwin, tentunya kita mahu miliki wajah yang cantik dan berseri di atas pelamin. Maklumlah, kita kan bakal menjadi tumpuan ramai.

Sebenarnya, tak perlu berhabis wang ringgit. Amal sahaja petua menuam muka dengan ais batu dan ternyata ais ini banyak memberi manfaat untuk kecantikan wajah. Jom kita tengok kelebihan mengamalkan petua ini. Yang penting, murah dan mudah!

1. Rawat Bengkak Bawah Mata

Masalah bengkak di bawah mata pasti buat anda runsing terutamanya jika hari bahagia anda bakal tiba. Gunakan ketulan ais yang diperbuat daripada jus timun dan air mawar untuk mengatasi masalah ini. Hanya balut dua biji air batu dengan kain dan tekapkan pada mata yang terpejam. Kemudian, urut dengan gerakan membulat secara perlahan selama 2 minit.

 

2. Pengganti Alat Solek

Jangan bimbang jika anda tak ada masa nak mengenakan alat solek. Balut ais dan oleskan pada wajah. Hasilnya menjadikan kulit wajah akan berseri secara semula jadi tanpa penggunaan sebarang alat solek.

 

3. Kecilkan Liang Pori

Bagi anda yang miliki pori-pori wajah yang besar, cuba sapukan ais batu pada wajah selama 2 hingga 3 minit. Jika anda lakukan secara konsisten, pori-pori wajah yang besar itu akan mula mengecil hanya dalam masa beberapa hari.

 

4. Sapuan Bedak Asas Lebih Sempurna

Ternyata ais batu merupakan penyegar kulit wajah yang murah dan menjimatkan. Sebelum memakai alat solek, sapukan dahulu ais batu pada wajah. Hasilnya menjadikan sapuan bedak asas anda lebih sempurna dan sekata.

Memang banyak kan kelebihan ais terutama untuk kulit wajah kita? Rugilah jika anda tak amalkan penggunaan ais pada wajah menjelang akad nikah. Tak nampak berserilah. Seorang pengguna Facebook bernama Zara Razali juga turut berkongsi pengalamannya menggunakan ais untuk dituam pada wajah atas saranan mak andam sebelum beliau bertunang.

Teringat dulu-dulu zaman makeup nak bertunang dan kawin.. time tu kitaorang panggil mak andam je… sekarang je dah tukar MUA ye.. tak kisah la mak andam ke MUA ke, yang penting memang kerje diaorang makeup orang bagi lawoo…

Throwback la ni kiranya kan.. lagi seminggu nak bertunang, mak andam pesan sesiap…

“Hari-hari tuam muka tu pakai ais…sampai bengkak-bengkak kebas pun takpe…bagus tu…”

Hakak pun pelik.. katanya bagus untuk kecilkan pori wajah, kulit berminyak akan berkurang.. so bila pori dan minyak berkurang, maka makeup pun nanti akan tampak lebih cantik, tahan lama dan tak mudah crack…

So hakak ni memang lurus pembaris orangnya.. maka ikot je cakap mak andam tu.. lagi seminggu nak tunang, memang rajin tuam muka dengan ais.. sampai kuyup baju dengan ais yang dah cair … bengkak merah-merah kebas muka macam sotong kepanasan… hihihi… gigih sebab kekonon nak cantik time tunang..

Lepas 2-3 hari amalkan tuam ais, ofismate pun ada tegur, kulit muka hakak memang nampak lain je.. pori mengecil, gebu semacam..

Dia siap cakap “berjaya la ko ye dengan petua mak andam tu”..Hakak hihihi kan je la…

So MUA-MUA semua, yang rasa tak pernah dengar petua ni… maka korang bolehlah share petua ni kat bakal-bakal pengantin yang bakal korang makeup kan nanti.. Memang berhasil sangat2 tau.. agak-agak lagi sejam nak makeup.. tuam lagi dengan ais..

Sumber: Zara Razali

Published by
Anis Nor