Bila sudah berkahwin, kena tahu tugas jadi isteri tak akan pernah habis. Akan selalu ada dan sepatutnya suami pun kena bantu sama.
Tugas Bila Jadi Isteri Tak Pernah Habis
Nak-nak zaman sekarang, keduanya masing-masing kena sama-sama cari duit. Kalau dulu isteri duduk rumah, suami keluar bekerja. Sekarang sama-sama keluar bekerja. Logiknya, penat pun sama banyak.
Tetapi bila balik rumah, si isteri ni, tudung pun tak sempat nak buka. Dah terus ke dapur. Ambil beras masukkan dalam rice cooker.
Ads
Buka peti ais, keluarkan ikan dan rendam. Ambil sayur dan segala bagai terus potong untuk masak.
Dalam masa yang sama, isteri pergi ke bilik dan kumpulkan baju-baju masam dalam raga dan terus sumbatkan dalam mesin basuh. Bubuh sabun, tekan suis dan terus ke dapur semula.
Tumis bawang, goreng lauk dan sebagainya.
Suami mana? Terlentang atas sofa main handphone.
Anak mana? Terlentang depan TV layan drama Korea.
Tunggu makanan dah hidang, barulah semua bangun.
Hari-hari macam ni.
Ads
Orang Rumah Bukan Bibik
Hello guys! Isteri dan ibu itu bukan orang gaji. Dia bukan robot. Tak reti kesian kat orang ke?
Ads
Hangpa, lepas makan. Pinggan sebiji pun tak reti nak basuh. Main letak dalam sinki macam itu saja. Boleh patah tulang gamaknya.
Sampah kat dapur pun hangpa tak boleh nak tolong buang. Bila isteri bising, kata kuat berleter.
Sama-samalah tolong. Tak payah kena suruh. Ada otak fikirlah. Seorang isteri dan ibu ni, Allah memang bagi dia kuat. Cuma kita kena faham yang dia pun reti penat sama macam kita dan dia pun boleh sakit.
Satu saja nak pesan, jangan tunggu sampai dia sakit dan tak mampu buat apa-apa dah. Masa itu kita akan menyesal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu
1. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah
Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.
“Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah”. (HR. At-Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin
Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.
“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.” (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim
Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.
“Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surah Al-Ikhlas
“Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.” (HR. At-Tabrani)
5. Membaca Surah Al-Waqi’ah
“Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi
Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat.”
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan beristighfar
“Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Ya Allah,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami
Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.
Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemeriahan penyatuan dua jiwa turut dipersembahkan pemberian hantaran yang dihias indah. Mencipta tema penuh romantis, bunga-bungaan rona ungu dan putih diadun mesra mencipta tarikan yang tersendiri.
Tip: 1. Kemewahan ukiran dulang berkaki tampak begitu eksklusif. 2. Bunga segar yang digunakan menambah kecantikan rekaan gubahan hantaran ini. 3. Dulang rona silver menambah gaya mewah gubahan yang dipersembahkan. 4. Peletakan barangan hantaran yang bersesuaian menjadikan ia mudah dibawa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada sesetengah wanita sering menghadapi masalah wajahnya kelihatan tua daripada usia sebenar. Keadaan sebegini memberi tekanan kepada dirinya bukan sahaja dalam mencari teman hidup, malah menjadi ejekan teman-teman kerana dianggap sudah beranak tiga.
Mari kita selidiki apakah punca masalah yang membelenggu diri ini dan cara penyelesaiannya.
Hormon
Perubahan hormon yang berlaku dalam badan boleh menyebabkan kulit dan muka anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar. Ini kerana hormon estrogen dalam tubuh saling mempengaruhi tahap produktiviti kolagen yang menjaga keanjalan kulit. Jika kadar estrogen terganggu, kulit pun akan terkena impaknya.
Genetik
Faktor sebegini tidak boleh dielakkan. Jika keluarga anda mempunyai genetik cepat tua dari usia sebenar. Usah mengeluh. Perbanyakan makan ulam ulaman serta air suam untuk melambatkan proses penuaan tersebut.
Stres
Stres yang berlebihan boleh menyebabkan anda kelihatan cepat tua. Untuk mengatasinya, lakukan aktiviti seperti berenang, membeli-belah atau bersenam jika anda di dalam keadaan stres.
Alkohol & Rokok
Kandungan racun yang terdapat pada rokok dan alkohol mempunyai radikal bebas yang dapat menyerang sel kulit dan melambatkan penggantian sel kulit mati. Oleh sebab itu kulit akan menjadi cepat kering tua berbanding usia sebenar.
Pola makanan tidak sihat
Jangan makan sembarangan jika anda mempunyai masalah kulit cepat kering atau cepat tua. Sebaiknya perbanyakan makan buah-buahan atau sayuran dan juga omega 3 dalam memberikan kulit yang sihat dan awet muda.
Sinaran matahari/UV
Kerepot juga muncul akibat terkena cahaya panas matahari atau dengan menggunakan metod pewarnaan kulit seperti tanning bed. Sinar UVA dan UVB yang menembusi kulit akan menyebabkan kelembapan pada pembentukan kolagen dan keanjalan kulit.
Tip:
Elakkan minum ais supaya wajah kelihatan muda dan cantik.
Amalkan membaca selawat pada segelas air kosong dan meminumnya setiap kali bangun tidur.
Pengambilan kolagen yang bersesuaian mampu menambahkan kolagen pada kulit.
Amalkan tidur secukupnya dan jangan sering tidur lewat. Ini boleh menyebabkan eyebag di bahagian berkenaan.
Sentiasa kelihatan ceria dan tersenyum walaupun mempunyai masalah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!