“Makanan berkhasiat penting untuk ibu selepas bersalin. Guna saluran tertentu untuk menzahirkan emosi seperti berbicara dengan orang tersayang, ahli keluarga, sahabat dan jangan sesekali mengasingkan diri.
“Bagi golongan Muslim pula, jangan lupa aspek rohani. Perbanyakan membaca al-Quran dan berzikir supaya hati sentiasa tenang dan terhindar daripada perkara yang tidak baik,” katanya.
Jenis penyakit meroyan mengikut kepercayaan masyarakat Melayu
1.Meroyan Api
– Ibu akan menjadi bengis, baran, cepat marah hingga tahap menjerit dan lupa diri.
– Perubahan mood yang ketara.
– Perubahan sikap lebih ketara ketika datang bulan.
2. Meroyan Ketung
– Ibu menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasan (sensitif).
– Kebanyakan berlaku kepada ibu yang kehilangan anak.
– Ada kes sehingga membunuh diri.
3. Meroyan Urat
– Ibu mengalami ketegangan urat sarat sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot.
– Selalu berlaku ketika cuaca sejuk, atau jika ibu tersilap makan benda yang bersifat sejuk.
– Berlaku kepada ibu yang melakukan kerja berat atau banyak menggunakan urat besar sejurus lepas bersalin.
4. Meroyan Lendir
– Ibu sentiasa pucat, lesu, mata pudar, keguguran rambut dan badan menjadi susut.
– Keguguran rambut yang melampau.
– Mengalami masalah dingin seks terhadap pasangan.
– Penyebab utama apabila darah kotor dan angin jahat di dalam tubuh tidak dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang.
5. Meroyan Tinggal
– Ibu tiba-tiba asyik berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang melarikan diri dari rumah.
– Ibu mungkin tidak mahu bayinya sendiri.
– Ada tahap sehingga menjadi ganas.
6. Meroyan Bulu
– Ibu sentiasa seram sejuk selepas bersalin.
– Jika berlarutan, ibu akan mula menghidap rheumatoid arthiritis atau keradangan sendi.
– Ini berlaku apabila ibu banyak bermain air dan bersejuk ketika berpantang.
7. Meroyan Kulit
– Ibu akan berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kera.
– Ia berlaku disebabkan darah kotor tidak habis keluar menyebabkan kekotoran keluar melalui liang roma peluh.
– Ini akan berterusan jika darah nifas tidak habis dikeluarkan sepanjang tempoh berpantang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI