Siapa yang susah nak minum air kosong? Ramai kan. Kebanyakkan orang sukar untuk menghabiskan satu botol air kosong sungguhpun ia memberi banyak manfaat dalam diri, tambah-tambah lagi bila bulan Ramadan ni. Ada caranya yang boleh membuatkan anda ‘berselera’ menikmati air kosong yang sudah difusionkan.
Infused water atau air detoks memang tidak asing lagi. Semua orang pasti tahu akan kebaikan air detoks apatah lagi pada bakal-bakal pengantin. Minuman bergas, termasuk air soda diet sememangnya tidak baik untuk tubuh badan. Kalorinya yang tinggi bukan sekadar menjejaskan kesihatan, malah ia sarat dengan pengawet, pemanis dan pewarna tiruan.
Menggantikan minuman harian anda dengan infused water sememangnya satu pilihan yang tepat kerana tidak seperti jus, ia lebih rendah kalori dan gula untuk mengekalkan kesihatan yang baik dan membuatkan bakal pengantin nampak lebih berseri!
Di antara kebaikannya:
BAHAN RENDAMAN
Untuk membuat infused water yang paling berkesan, fikirkan resipi yang paling menepati selera anda. Eksperimentasi dengan bahan-bahan berikut untuk memaksimumkan khasiatnya.
Buah sitrus: limau gedang, lemon, limau nipis atau limau bali.
Buah beri: strawberi, raspberi, beri biru, beri hitam atau ceri.
Buah melon: melon atau tembikai.
Buah tropika: pear, delima, mangga, nanas, pisang, kiwi, belimbing, epal, anggur, plum atau pic.
Sayuran: timun, lobak, seleri atau paprika.
Daun herba: pudina, sage, rosemary, basil, thyme, stevia atau lavender.
Rempah: halia, kayu manis atau lada.
TIP MINUMAN
Apabila anda mula meminum infused water, anda pasti menyedari betapa banyaknya kebaikan yang bakal dinikmati. Tubuh kita memerlukan air untuk kekal segar dan hidrat, malah kulit juga akan memancarkan tekstur yang lebih mulus, rambut dan kuku yang lebih kuat serta rasa minuman lazat tanpa kalori! Jadikan ini sebagai ‘tenaga’ supaya anda dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik!
Selamat mencuba!