
JAKARTA – Kisah cinta seorang pemuda dengan tunangnya menjadi tular di media sosial Indonesia kerana mereka merupakan pengetua dan pelajar sebuah sekolah tahfiz, lapor portal Wolipop baru-baru ini. Lelaki tersebut, M. Fajrul Islam, 26, berkata, kisah cinta mereka bermula sekitar tahun 2019 apabila gambar Dila Santika, 19, menghiasi poster sekolah berkenaan.
**media[450488]**
“Sudah tentu saya memaparkan sikap profesional ketika berada di sekolah kerana Dila merupakan anak murid saya,” katanya.
Tambah Fajrul, Dila merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
“Kebetulan, saya ada melatih Dila dan membantunya dalam persiapan pertandingan. Jadi, mungkin dari situ timbulnya persefahaman antara kami,” ujarnya.
**media[450490]**
Perasaan Fajrul kepada Dila mendapat restu pihak sekolah serta kedua-dua ibu bapa gadis itu. Fajrul lantas memberitahu hasratnya untuk memperisterikan Dila dan mereka terus bertunang.
“Kami akan berkahwin pada Mei ini sejurus selepas Hari Raya Aidilfitri. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya. – AGENSI
Sumber: Kosmo
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perkahwinan Serasi Song Joong Ki & Song Hye Kyo! Ketahui 7 Info Tradisi Perkahwinan Korea Yang Buat Netizen Teruja

Isi Kandungan
ToggleBaru-baru ini, pasangan kekasih merpati dua sejoli Song Joong Ki dan Song Hye Kyo melangsungkan majlis perkahwinan secara tertutup di Hotel The Shilla di Seoul yang disaksikan oleh 150 orang tetamu. Pasangan kekasih yang popular dengan drama Descendants Of The Sun ini menjadi tumpuan dan hangat diperkatakan oleh media serta seluruh peminat tegar drama K-pop.
Majlis perkahwinan tersebut menyaksikan pasangan ideal ini menyarung baju kahwin yang cukup ringkas dan minimalis. Soong Joong Ki mengenakan suit lengkap berwarna hitam, manakala Song Hye Kyo pula anggun dalam persalinan berwarna putih.
Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga rapat dan sahabat baik mereka sahaja. Antara rakan-rakan artis yang turut hadir ialah Lee Kwang Soo, Zo In Sung, Cha Tae Hyun, Park Bo Gum serta rakan-rakan Song Hye Kyo antaranya aktres Kim Hee Seon, Song Yoon Ah dan aktor Yoo Ah In. Pelakon dari China iaitu Zhang Ziyi juga turut hadir. Tidak ketinggalan, ahli-ahli program realiti Running Man.
Majlis yang berlangsung secara sederhana dan ringkas itu disambut meriah dan menjadi bualan hangat di seluruh dunia terutamanya bagi peminat drama Descendants Of The Sun. Perkahwinan yang dianggap wedding of the year itu mencetuskan fenomena bagi peminat-peminat pasangan sensasi ini. Suasana perkahwinan tradisi Korea yang cukup mendamaikan pasti membuatkan anda ingin lebih tahu tentang perkahwinan menarik ini.
Jom kita lihat sekitar majlis perkahwinan artis sensasi ini dan fakta menarik tentang tradisi perkahwinan Korea!
1. KAD JEMPUTAN
Kad jemputan menjadi medium lazim yang digunakan oleh kedua mempelai untuk mengundang para tetamu ke majlis perkahwinan. Namun dalam budaya Korea, tidak semua pasangan akan menerima kad undangan perkahwinan ya!
Lazimya, pihak kedua-dua orang tua mempelai akan menyampaikan khabar bahagia ini kepada tetamu undangan secara lisan tanpa undangan rasmi. Meskipun tanpa kad jemputan, ia bukan bererti kehadiran tetamu tersebut tidak penting bagi kedua-dua mempelai.
2. PAKAIAM TETAMU
Di hari perkahwinan, anggota keluarga wanita yang lebih tua akan mengenakan pakaian tradisional Korea. Manakala para tetamu pula bebas mengenakan pakaian formal atau pakaian kasual yang sesuai untuk ke majlis perkahwinan. Dalam budaya Korea juga, tetamu tidak dilarang untuk memakai apa jua jenis warna pakaian. Para tetamu bebas untuk memakai pakaian terbaik dengan warna yang mereka suka.
3. MAKANAN
Sebahagian besar hidangan resepsi pekahwinan Korea terdiri daripada menu barat. Namun, ada juga pasangan yang menyediakan menu khas Korea seperti daging bulgogi, galbi pendek dan hidangan kimchi yang sangat popular.
Hidangan tradisional lain yang biasa terdapat dalam pernikahan orang Korea adalah ramyeon iaitu sejenis mi yang melambangkan harapan kedua-dua mempelai agar panjang umur dan bahagia.
4. TRADISI PEMBERIAN ANGSA
Terdapat tradisi unik dalam budaya perkahwinan di Korea. Mempelai lelaki akan memberi ibu mentuanya seekor angsa hidup sebagai haiwan yang melambangkan kesetiaan, kemurniaan dan boleh dipercayai. Namun sayangnya, tradisi tersebut telah mengalami modifikasi apabila mereka menggantikan angsa hidup dengan hiasan berbentuk angsa.
5. PAKAIAN PENGANTIN WANITA
Lazimnya pengantin wanita Korea akan menyarungkan tiga pasang baju untuk hari perkahwinan. Sebuah gaun pengantin putih untuk upacara perkahwinan atau resepsi, busana tradisional Korea atau hanbook untuk pernikahan tradisional Korea dan pakaian untuk upacara paebek (ritual pengantin dalam mencari restu daripada kedua-dua ibu bapa).
6. TRADISI TITIK MERAH DI WAJAH
Tidak hairanlah jika anda melihat lingkaran merah di dahi (jonji) dan pipi (gongi) pengantin wanita. Lingkaran merah tersebut bukan kesan daripada kesalahan mekap yang disengajakan. Lingkaran merah tersebut dipercaya berfungsi untuk mengusir roh jahat dan memberi keharmonian pada pengantin wanita. Selain itu, tanda merah di wajah pengantin juga melambangkan cinta terhadap pengantin wanita.
7. TRADISI BERLUTUT
Upacara paebek biasanya dimulai dengan orang tua duduk di atas bantal di belakang meja rendah yang dipenuhi pelbagai barang. Mempelai wanita dan lelaki akan berhadapan dan tunduk atau berlutut pada orang tua mereka masing-masing. Tradisi ini melambangkan kedua-dua buah keluarga telah bersatu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mula Suka Sejak 15 Tahun Lalu, Kesetiaan Lelaki Ini Berhasil Bila Crush Akhirnya Jadi Tunang!

Zaman sekolah pastinya tak lengkap jika anda tidak melalui cinta monyet ataupun pernah menyimpan perasaan minat pada seseorang. Tak kiralah sama ada perasaan itu diluahkan atau dipendamkan begitu sahaja.
Sudah nama pun cinta monyet, tak semestinya hubungan itu akan kekal lama. Namun tak kurang juga yang setia menunggu dan sanggup mempertahankan perasaan suka sehingga membawa pada hubungan cinta yang bahagia.
Lelaki ini membuktikan bahawa tiada yang mustahil jika kita setia menunggu, apatah lagi setelah dia berjaya menawan gadis yang diminatinya sejak 15 tahun lalu.
Kisah sweet ini dikongsikan oleh pengacara TV, Dayah Bakar di Instagramnya tentang pelajar lelaki yang pernah meminatinya sejak zaman sekolah dan kini menjadi tunangannya. Gambar yang dimuatkan Dayah itu ternyata mendapat perhatian rata-rata netizen yang turut rasa teruja dengan kisah cinta anda dia dan pasangannya, Hanif Hamidi yang baharu sahaja melangsungkan ikatan pertunangan dua hari lalu.
Selepas 15 tahun akhirnya mereka mengikat tali pertunangan. Tulis Dayah di akaun Instagramnya, “Who would have known ?”
“You said I’m a dream come true, because you’ve started loving me 15 years ago. I said you’re a dream come true, because no man of my dream is anywhere close to you. Thank you Ya Allah,” tulis Dayah di akaun Instagram dalam setiap kapsyen gambar pertunangan mereka.
Bismillahirrahmanirrahim ? Introducing, my @hanif_hamidi, tunang saya. ?
Bila ada yang berpasangan , bertunang dan berkahwin dengan anggota beruniform tentera ini, pastinya berbagai cabaran dan dugaan diterimanya. Satu perkara yang perlu diketahui, kerjaya mereka ini merupakan kerjaya yang tak tentu masa.
Apa yang dikongsi oleh pengacara Dayah Bakar ini sedikit sebanyak mungkin mampu menaikkan lagi semangat kaum hawa untuk lebih berbakti dan menjadi tunggak belakang buat pasangan kita. Jawapan Dayah ini memang buat ramai kagum!
Bila ditanya , adakah Dayah bersedia menempuhi cabaran untuk bersama dengan seorang pegawai tentera ?
Some of my thoughts adalah “Kalau dia seorang hero, saya perlu jadi seorang superwoman” “Dayah, kalau awak nak bersama orang yang hebat sebegini , awak perlu jadi lagi hebat sebab awaklah yang akan mendukung dia nanti”
Much respect to those who selflessly serve for the country , and to all the great women out there who is courageous enough to stand strong beside their very own nation heroes .
Much ❤️,
DB
Menjadi pasangan kepada anggota tentera ini banyak mengajar untuk menjadi lebih kuat, tabah, sabar dan berdikari. Segalanya harus dilakukan sendiri. Yang penting, bagaimana menepis godaan orang di luar sana ketika kita ditinggalkan pasangan kerana bertugas demi negara. Selamat bertunang, Dayah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Awas ‘Si Penyondol’ Rumah Tangga, Jika Sabit Kesalahan, Boleh Di Denda Sehingga 5K & Dipenjara 3 Tahun

Isi Kandungan
ToggleSelalu bila kita dengar ‘penyondol’ rumah tangga orang akan terlepas begitu sahaja bukan? Awas! Mereka yang mengganggu keharmonian rumahtangga orang lain atau lebih digelar sebagai ‘orang ketiga’ boleh dipenjarakan atau didenda oleh Mahkamah Syariah.
Sesiapa sahaja boleh menjadi orang ketiga termasuklah ahli keluarga sendiri, kekasih atau bekas kekasih, rakan, jiran dan sebagainya.
Gangguan dilakukan dengan apa-apa cara dan mempengaruhi supaya mengabaikan tanggungjawab kepada rumah tangga sedia ada.
Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah juga boleh memerintahkan lelaki atau perempuan itu supaya kembali kepada isteri atau suaminya.

HUKUMAN PENJARA DAN DENDA
Individu yang menjadi perosak rumah tangga atau menjadi orang ketiga dalam perkahwinan orang lain boleh berdepan hukuman penjara dan denda di bawah undang-undang syariah.
Peguam syarie, Noorazmir Zakaria berkata, walaupun undang-udang syariah berbeza setiap negeri dari segi nama dan nombor seksyennya tetapi dari segi kesalahan syariah dan hukumannya boleh dikatakan 90 peratus sama.
“Contohnya untuk di Selangor, ia dipanggil Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 manakala di Wilayah Persekutuan ia dipanggil Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.
“Di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, individu yang mengganggu keharmonian rumah tangga orang lain boleh berdepan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada Sinar Ahad.
Noorazmir yang juga Presiden Pertubuhan Pengamal Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam) menjelaskan, hukuman itu diperuntukkan di bawah tiga seksyen enakmen berkenaan membabitkan Seksyen 32 iaitu memujuk lari, membawa pergi atau mempengaruhi seorang perempuan yang telah bersuami supaya meninggalkan rumah tangganya.

Ia turut merangkumi Seksyen 33 iaitu menghalang pasangan yang sudah bernikah dengan sah daripada hidup sebagai suami isteri dan Seksyen 34 iaitu menghasut, memaksa atau memujuk mana-mana suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan kepada pasangan atau keluarganya.
KESALAHAN MENGHASUT SUPAYA BERCERAI
Kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan diperuntukkan di bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman sama.
Bagaimanapun, Noorazmir memberitahu, berdasarkan pengetahuannya setakat ini di Malaysia masih tiada kes orang ketiga dan perosak rumah tangga yang didakwa ke mahkamah dan dikenakan tindakan undang-undang.
“Saya pernah tanya dengan pegawai agama dan bahagian siasatan pendakwaan syariah dan mereka mengakui bila ada kes orang ketiga atau perosak rumah tangga, tak ada satu kes yang boleh dibawa ke mahkamah.
“Perkara ini berlaku disebabkan dua faktor utama iaitu kesukaran untuk membuktikan elemen kesalahan itu wujud dan yang kedua kerana dalam kes berkenaan ia lazimnya turut melibatkan ahli keluarga lain,” ujar beliau.
PERLU BUKTI MINIMUM
Mengulas lanjut, Noorazmir berkata, misalnya bagi kesalahan menghasut supaya bercerai dan mengabaikan kewajipan, pihak berkuasa dan bahagian pendakwaan menghadapi kesukaran mendapatkan bukti wujudnya hasutan itu.

Malah, katanya dalam sesetengah kes meskipun ada bukti hasutan, tidak dapat dibuktikan hasutan itu yang menyebabkan pasangan suami atau isteri mengabaikan kewajipan mereka kerana mereka mungkin tidak melaksanakan tanggungjawab dari awal lagi.
“Dalam kes-kes sebegini juga kebiasaannya ahli keluarga turut terlibat contohnya kalau ada orang ketiga menghasut hingga seseorang suami atau isteri mahu bercerai dan keluar rumah tapi jika ahli keluarga sendiri seperti ibu dan bapa bantu contohnya dengan ajak anaknya tinggal di rumah mereka, ia juga akan jadi susah,” tambahnya.
Susulan itu, Noorazmir mencadangkan agar prosedur pendakwaan kes berkenaan dapat dilonggarkan agar kes sedemikian dapat dibawa ke mahkamah walaupun dengan hanya bukti yang minimum.
Justeru, Noorazmir berkata, beliau melihat setakat ini undang-undang jenayah syariah di Malaysia masih tidak teruji sepenuhnya kerana tiada pendakwaan kes-kes melibatkan orang ketiga walaupun isu skandal dalam perkahwinan bukanlah perkara baharu.
Sumber: Sinar Harian Kredit foto (top image): Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI