Solat sunat selepas akad nikah dilakukan bagi menzahirkan rasa kesyukuran dalam hati kepada Allah سبحانه وتعالى yang telah menentukan jodoh pertemuan dengan isteri/suami yang tersayang.
Melaksanakan Solat Sunat Nikah boleh dilakukan sejurus selesai majlis akad nikah atau pada masa yang sesuai. Kedua-dua pengantin hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah Yang Maha Penyayang supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah سبحانه وتعالى daripada sebarang keburukan.
Waktu yang terbaik boleh dilakukan solat sunat nikah berjemaah bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami. Riwayat daripada Abu Said, ada menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya:
“Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kamu berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Seterusnya terserah kamu berdua.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah)
Ulama fiqh membenarkan solat sunat yang bersebab dilakukan di waktu yang dilarang, justeru harus (dibolehkan) bersolat sunat nikah walaupun ia dilakukan seperti pada selepas solat Asar kerana sebab bernikah.
Solat Sunat Selepas Nikah
Solat sunat selepas nikah ini boleh dikerjakan bagi pasangan yang baru selesai diakad nikahkan dan kedua-duanya disunatkan untuk mendirikan solat sunat ini, terutamanya lelaki. Bilangan rakaatnya ialah 2 rakaat dan dituruti dengan Sujud Syukur selepasnya.
A. Cara Melaksanakan Solat Sunat Nikah
Apabila selesai bernikah, lakukanlah Solat Sunat Nikah dua rakaat dengan berniat kerana ingin meraih keredhaan Allah سبحانه وتعال semata-mata.
1. Niat
Lafaz dan niatsolat sunat selepas berkahwin ialah:
Ads
2. Bacaan Surah
2. Surah-surah yang sunnah dibaca selepas Al-Fatihah adalah:
a) Raka’at pertama :
Surah Al-Kafiruun (Qulya Aiyuhalla kafirun)
b) Raka’at kedua :
Surah Al-Ikhlas (Qul huallahu ahad)
Ads
3. Sujud Syukur selepas salam.
Kemudian, selepas salam dilakukan pula Sujud Syukur, ataupun boleh juga selepas akad terus dilakukan Sujud Syukur terlebih dahulu tanpa mengerjakan Solat Sunat Nikah tersebut yang ditangguhkan pada sebelah malam nanti. Ia terpulang kepada kesesuaian dan keselesaan individu dan pasangan tersebut untuk melakukannya.
4. Membaca DoaNikah
Membaca doa nikah yang bersesuaian atau boleh dibaca contoh di dalam bahasa Melayu berikut:
“Ya Allah! Dikau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, seru sekalian alam. Ya Allah! Daku bersyukur kepada-Mu, setelah selesai pernikahan kami ini, daku memohon pada-Mu Ya Allah; Dikau berkatilah pernikahanku ini, Dikau jadikanlah daku dan isteriku orang-orang yang soleh.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim! Kepada-Mulah kami memohon pertolongan. Dikau anugerahkanlah kepadaku isteri yang solehah, Dikau berikanlah daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Dikau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan mendidik bakal anak-anak kami ke jalan yang Dikau redhai.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim! Dikau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai yang soleh dan solehah. Dikau anugerahkanlah kami dan anak cucu kami kesihatan dan kesejahteraan di sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Dikau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagian rumahtangga kami.
Ads
Ya Allah, Ya Razaq, Ya Rashid! Dikau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang bersih lagi baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Dikau jadikanlah daku dan isteriku serta bakal anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Dikau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya daku dan isteriku serta anak-anak kami tergelincir atau menyimpang ke jalan yang tidak Dikau redhai.
Ya Allah! Dikau anugerahkanlah padaku, isteriku dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Dikau peliharalah kami suami-isteri, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya, fitnah dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang zahir mahupun yang batin.
Ya Allah! Dikau berkatilah umur kami suami-isteri, anak-anak kami dan cucu-cicit kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Dikau peliharalah kami suami-isteri, anak-anak kami dan cucu-cicit kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu.
Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah! (3 kali),
Dikau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah! (3 kali).”
5. Memegang Ubun-ubun Isteri dan Mengucapkan Lafaz Doa
Dianjurkan kepada seorang suami meletakkan tangannya di ubun-ubun si isteri ketika pertama kali mendekatinya. ubun-ubun adalah bahagian puncak kepala.. maknanya si suami letakkan telapak tangan kanannya atas puncak kepala isteri (biasanya selepas bersolat sunat berjemaah bersama-sama di malam pertama) dan bacakan doa memohon kepada Allah سبحانه وتعالى agar perkahwinannya mendapatkan berkah.
Hadis riwayat daripada Abu Daud dan Ibnu Majah, disebutkan bahawa Rasulullah ﷺbersabda:
“Apabila salah seorang di antara kamu menikahi seorang wanita atau membeli seorang budak, hendaklah ia memegang ubun-ubun isteri atau budak tersebut sambil menyebut nama Allah ‘Azza wa Jalla dan berdoa meminta berkah untuknya. Hendaklah ia mengucapkan
SUMBER : https://shafiqolbu.wordpress.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selesa ke tinggal rumah keluarga selepas kahwin? Soal privasi macam mana dan kalau ada ipar duai, auratnya masih terjaga atau sebaliknya? Semua ini kena fikir, begitulah rumitnya kehidupan selepas sah jadi suami isteri.
Tinggal Rumah Keluarga
Bak kata saudara ESz Sabri, semua ini kena berbincang masa awal-awal nak ikat hubungan. Jom baca sola perlu ke tinggal rumah sendiri lepas kahwin ?
1. My house my rules!
Setiap rumah ada rules dia sendiri. Ada budaya dia sendiri. Bila kau kawen dan masuk rumah mertua, kau kena ikut rules rumah mertua. Bukan tak baik tapi mungkin kau tak selesa. Bila ada rumah sendiri kau boleh set rules untuk keluarga kau sendiri.
2. Jaga privasi diri dan pasangan
Bila dah kahwin ada banyak batas yang perlu kita jaga. Tambah lagi kalau rumah tu banyak penghuni nya. Adik beradik pasangan. Ada laki ada perempuan. Anak buah ada yang bujang dara dah pun. Pergaulan kena jaga. Dari segi aurat terutama yang muslim. Nampak remeh dan biasa tapi kalau tak jaga boleh rosak binasa.
3. Menjaga silaturahim
Ipar duai. Pakcik makcik. Anak anak buah. Cara pergaulan kita tak semua sama. Ada cakap direct. Ada yang cakap berlapik. Ada yang manis depan racun belakang. Yang mulut sweet and sour pun ada. Kalau tinggal rumah sendiri benda macam ni dapat di kurangkan. Rumah kau, kau lah! Rumah aku, aku lah.
4. Matang ekonomi
Tinggal rumah sendiri ni ibarat kau buka negara sendiri. Kena urus tadbir sendiri. Termasuk lah ekonomi. Perbelanjaan kelangsungan hidup bersama. Mula mula memang akan sengkek. Tak cukup itu ini. Tapi bila dah nampak yang mana perlu kurang mana perlu lebih baru ada rentak. Jadi lebih matang. Lebih berakal. Berkepimpinan.
5. Perancangan jadi lebih jelas
Suami isteri dapat merancang hala tuju keluarga dengan lebih mudah. Nak anak 10 ke anak 15 ke. Spending berapa saving berapa. Beli kenderaan yang sesuai. Banyak isu yang tak jelas akan menjadi jelas bila kau tinggal rumah sendiri. Percaya lah.
Bukan nak kata tinggal rumah keluarga tak elok. Bukan! Tapi kalau dapat tinggal rumah sendiri lagi elok. Itu sahaja!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Barang hantaran adalah sudah menjadi keperluan wajib yang ada pada majlis pertunangan mahupun pernikahan. Kebiasaannya kedua-dua belah pihak akan saling menukar barang hantaran untuk diberikan kepada bakal pasangan mereka.
Selain hal-hal berkaitan tempahan dewan majlis perkahwinan dan kad undangan jemputan, lagi satu perkara penting yang perlu dilakukan oleh pasangan pengantin adalah membeli barangan untuk dijadikan barang hantaran.
Kami akan kongsikan dengan anda apa yang patut dipertimbangkan ketika membuat pilihan.
1. Barang kemas
2. Wang mas kahwin
3. Gajet
4. Set Make up
5. Set minyak wangi
6. Kek
7. Coklat
8. Telekung / sejadah
Jadi, anda boleh lah fikir-fikirkan. Semua barang ni berguna 🙂
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelukan merupakan salah satu luahan rasa cinta dan kasih sayang terhadap pasangan. Ia bukan sahaja sentuhan secara fizikal namun juga secara emosi. Jika sebelum ini, suami isteri jarang sekali nak tidur berpelukan, mungkin sebab rasa rimas, panas atau apa juga alasan. Baik mulakan tidur berpelukan ini, mulai hari ini.
Ini kerana satu kaji selidik terbaru menunjukkan, pasangan suami-isteri yang tidur secara berpelukan setiap hari mendapat banyak kelebihan yang tersendiri. Ia menambah keharmonian dalam rumah tangga serta menjalin hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami isteri. Bahkan, sangat baik untuk kesihatan!
Berikut antara kelebihan tidur berpelukan bersama pasangan :
1. Mencegah Stres
Ketika tidur dengan seseorang yang anda cintai, ini boleh membantu meringankan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Apatah lagi jika akhirnya anda tidur berpelukan dan bercinta, manfaatnya boleh menjadi lebih dari itu.
Ini kerana pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.
2. Menaikkan Kadar Hormon ‘Oxytocin’
Hormon oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta dirangsang, maka bertambahlah kasih sayang dan ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan.
3 .Tidur Lebih Nyenyak
Jika anda sukar tidur, mintalah pasangan memeluk anda semasa tidur. Kajian membuktikan, tidur berpelukan secara automatik membantu anda menyingkirkan masalah seperti sukar tidur (insomnia), merasa lebih relaks dan tidak memikirkan hal-hal lain dan membuatkan lebih cepat terlelap.
4. Baik Untuk Jantung
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung anda. Oleh itu, anda rasa aman dan kehangatan menyebabkan jantung pada kelajuan normal, sehingga tidak menyebabkan ketegangan pada jantung anda.
5. Bangun Penuh Bertenaga
Kebahagiaan tiada habis ketika bangun tidur, anda tetap melihat pasangan di samping anda. Malah, para pengkaji mendakwa, anda bakal merasakan tenaga positif yang melimpah dan bersemangat untuk bekerja.
6. Panjang Umur
Sebuah kajian menunjukkan, seseorang yang berehat di samping pasangan yang dicintainya dapat membuatkan otak, jantung, dan organ lain bekerja secara santai. Akhirnya, tanpa disedari perkara ini meningkatkan umur anda.
7. Tanda Luahan Kasih Sayang
Pelukan adalah tanda luahan kasih sayang antara suami dan isteri. Ia memperbaiki hubungan yang retak dan menyuburkan kasih sayang antara suami isteri serta meningkatkan kepercayaan pada pasangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!