Tak semestinya bila nak kahwin, syaratnya adalah wajib memasak. Sekarang ni nak belajar memasak senang sangat. Semuanya di hujung jari sahaja. Paling penting, baik suami atau isteri rajin. Bakat terpendam, siapa yang tahu. Betul tak?
Salah satu cara paling mudah untuk mendapatkan resipi hanyalah dengan carian di internet. Paling tidak pun, sambil-sambil ‘mengintai’ Facebook kawan-kawan, intailah juga akaun masak-masak. Contohnya anda boleh cuba resipi yang ada
DI SINI. Tetapi resipi kali ini, kita ‘intai’ di laman Facebook seorang penulis buku masakan Malaysia dan chef peribadi,
CHEF SUE ARUKIN . Nampak sedap pula vadey buat minum petang.
************************************************************************
VADA ~ Vada @ Vadai @ Vadey ialah Indian snack yang diperbuat dari pelbagai jenis kacang dal. Ada yang dibuat dari dal putih, dal kuning, dal merah, dal hitam, dan lain2.
Hari ini saya share salah satu resipi vada yang diperbuat dari dal kacang hijau (bewarna kuning) atau dikenali juga sebagai moong (mung) dal. Saya buat bentuk bite size. Rangup diluar tapi lembut di dalam. Resipinya dibawah ya!
1 cawan moong/mung dal (rujuk gambar)
1/4 cawan air
3 sudu makan tepung beras
2 biji cili hijau – cincang
2 biji bawang merah India – cincang
2 tangkai daun ketumbar – cincang
1 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh soda penaik
1. Rendam moong dal selama 4-5 jam. Basuh bersih dan toskan. Kisar halus dengan air.
2. Tuang kisaran kacang dal tadi ke dalam mangkuk. Tambah semua bahan-bahan lain lalu kacau sebati. Rehatkan 10-15 minit.
3. Panaskan minyak yang agak banyak dalam kuali.
4. Bentukkan campuran tadi mengikut citarasa. Boleh gunakan tangan* yang basah untuk bulat-bulatkan adunan tadi. Kemudian masukkan ke dalam minyak panas.
5. Goreng vada hingga kuning keperang-perangan. Toskan.
6. Hidangkan panas bersama chutney atau tomato sos. Enjoy!
*saya guna 2 sudu untuk membentuk vada.
**chutney tiada dalam gambar (terlupa snap).