Pemakanan yang betul amat penting bagi memastikan tubuh mendapat khasiat sepanjang tempoh diet. Bagi bakal mempelai, tubuh yang langsing tentunya menjadi impian agar nampak menyerlah ketika bersanding di atas pelamin.
Bagi anda yang dalam usaha untuk menurunkan berat badan terutamanya bakal mempelai, sebelum memulakan sebarang jenis diet, dapatkan info terlebih dahulu. Apa bila sudah cukup info, barulah anda memilih plan diet yang sesuai untuk anda amalkan.
Paling penting, pastikan anda memilih jenis diet yang anda selesa dan boleh anda amalkan secara konsisten. Jangan rasa terpaksa kerana lama-kelamaan anda akan mula rasa bosan dan akhirnya usaha untuk anda menurunkan berat badan terkandas di tengah jalan.
Melalui satu video yang dimuat naik di TikTok, Wanqeela berkongsi menu yang diamalkan ketika dia sedang berdiet.
@wanqeela Replying to @نشاء My diet journey From 95kg to 57kg! “RESEPI AYAM REBUS MIXHERB” selamat Mencuba! ✨🤍 #tips #weightloss #journey #healthyfood #ayamrebus #fingting #fypシ #fyp ♬ Si Gendut – Agus Gobang
Perjalanan diet saya. Dari berat 95 kg saya berjaya menurunkan berat badan sehingga 57 kg! Menu yang saya amalkan ialah resipi Ayam Rebus Mix Herb.
RESIPI AYAM REBUS MIX HERB
Bahan-bahan:
Ayam (seeloknya bahagian dada)
Oregano
Paprika
Air
*boleh juga guna mixherb dan cili flake
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan ayam ke dalam kuali.
2. Masukkan sedikit air. Biarkan seketika.
3. Masukkan oregano dan paprika. Masak seketika sehingga air kering.
4. Angkat dan bolehlah dimakan bersama nasi putih.
Cara diet saya mungkin berbeza dengan orang lain. Saya tak boleh nak ‘push’ sangat makanan-makanan diet yangh saya tidak boleh telan, nanti saya mudah putus asa.
Jadi apa yang saya buat ialah saya masak menu diet yang saya ‘enjoy’ dan boleh makan.
Ramai yang tegur kenapa saya makan nasi putih walaupun saya sedang berdiet. Ada yang kata, mana boleh oranhg yang sedang berdiet makan nasi putih, roti putih.
Saya pekakkan telinga. Saya ‘happy’ dengan menu yang saya amalkan, sebab itulah saya boleh konsisten. Abaikan kritikan-kritikan yang boleh menjatuhkan semangat kita untuk berdiet.
Paling penting teruskan usaha untuk menurunkan berat badan sehingga anda berjaya mencapai sasaran. Jika mahu kesan yang lebih baik, amalkan senaman bagi mempercepatkan proses penurunan berat badan.
Sumber: TikTok Wanqeela
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI