Diet adalah salah satu cara untuk orang berbadan gempal untuk menurunkan berat badan. Mereka menggunakan kaedah pemakanan secara sihat dan sedikit untuk mendapat berat badan yang ideal.

Bagi bakal pengantin ia tidak asing lagi buat mereka. Pasti sahaja mereka menitik beratkan aspek berat badan agar kelihatan cantik pada hari bahagia mereka. Oleh sebab ramai yang sedang berdiet. Kami kongsikan disini antara menu diet dari pengguna facebook Mied Majid.

HARI PERTAMA

• Buah-buahan kecuali pisang

No photo description available.

Image may contain: food

Di hari pertama ini hanya dibolehkan makan buah-buahan. Semua buah kecuali pisang. Digalakkan makan lebih buah tembikai. Boleh makan kerap hingga kenyang.

HARI KEDUA 

• Sayur-sayuran

Image may contain: food

Image may contain: food

Hari kedua hanya dibolehkan makan sayur-sayuran. Apa saja jenis sayur baik mentah ataupun dimasak. Boleh dimasak tumis, sup ataupun rebus. Boleh juga dibuat pecal cuma hadkan kekacang. Digalakkan sarapan dengan kentang rebus. Tiada had jumlah ataupun jenis sayuran. Boleh makan kerap hingga kenyang.

HARI KETIGA 

• Sayur-sayuran kecuali kentang
• Buah-buahan kecuali pisang

Image may contain: food

Image may contain: foodDi hari ketiga boleh mencampur menu sayur-sayuran dan buah-buahan. Tiada had jumlah dan boleh makan sebanyak yang diinginkan.

HARI KEEMPAT 

• Pisang
• Susu rendah lemak

Image may contain: food

Di hari keempat, perlu makan 8 biji pisang serta 3 – 4 gelas susu rendah lemak. Tidak boleh makan makanan lain pada hari ini. Sekiranya anda allergi terhadap susu lembu (Lactose intolerance), boleh gantikan susu rendah lemak dengan susu kacang soya.
Bagi yang tidak suka atau tidak boleh makan pisang, boleh digantikan dengan jambu batu, buah kiwi ataupun tembikai.

HARI KELIMA 

• Makanan dari sumber protein
• 6 biji tomato

Image may contain: food

Image may contain: food

Pada hari ni, anda boleh ambil 560gram sumber protein seperti daging lembu, ikan ataupun ayam tanpa kulit. Dimakan bersama dengan 6 biji tomato. Daging hamburger atau Meet ball dibolehkan. Tingkatkan pengambilan air putih untuk memudahkan sistem pencernaan. Bagi yang vegetarian, daging boleh digantikan dengan tempe.
Pada anda yang tidak suka tomato, boleh gantikan dengan belimbing.

HARI KEENAM 

• Makanan dari sumber protein
• Sayur-sayuran

Image may contain: food

Di hari keenam ini, anda boleh memakan kombinasi daging, ayam tanpa kulit atau ikan bersama sayur-sayuran. Tiada had jumlah. Boleh makan hingga kenyang.

HARI KETUJUH 

• Nasi beras perang
• Jus buah
• Sayur-sayuran

Image may contain: text

Image may contain: drink

Image may contain: food

Hari ketujuh merupakan hari kembali pada pola makan yang biasa. Mulai dengan satu mangkuk nasi beras perang (sebesar penumbuk), dimakan bersama sayur serta jus buah.