Buat bakal pengantin lelaki yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Kami ada idea dan cara bagaimana anda ingin nampak begitu bergaya dan tampan pada majlis anda. Antara salah satunya adalah anda boleh DIY ‘Boutonniere’ untuk anda yang bercadang untuk memakai sut, tuxedo pada majlis anda nanti. Caranya sangat mudah dan menjimatkan. Aksesori ini tidak perlu mengambil masa yang lama, jom kita lihat !
Bahan-bahan:
Bunga pilihan anda
Pita florist
Reben
Gunting
Jarum peniti
Cara-cara:
Langkah 1: Gunting mana-mana bahagian bunga yang tidak dikehendaki. Anda juga boleh membuat bentuk yang anda suka pada helaian daun anda.
Langkah 2: Susun lapisan bunga anda. Pertama, daun. Kedua, helaian rosemary. Ketiga, bunga anda. Susun elok supaya menjadi seperti apa yang anda gambarkan.
Langkah 3: Gunakan pita florist untuk mengikat kesemua daun, rosemary dan bunga dengan ketat. Pastikan pita anda tidak longgar. Kemaskan dengan riben untuk menutup pita dan membuatnya kelihatan menarik. Bahagian hujung riben boleh dilekatkan dengan gam panas.
Langkah 4: Langkah terakhir dan siap. Anda kini boleh meletakkan boutonniere di baju dengan menggunakan jarum peniti.
Siap ! sedia untuk di letakkan pada bahagian poket anda.
Sumber : One fab day