Wanita mana yang tidak mendambakan kulit yang bersih, cantik dan mudah untuk disolek kan? Siapa sahaja yang mahukan kulit yang mempunyai liang pori ketara seperti kulit buah oren. Bukan sahaja tidak kelihatan mulus, malah kulit sebegini juga adalah amat sukar untuk disolek kerana akan kelihatan bercapuk. Oleh itu, gadis Korea ini sediakan tips untuk hilangkan masalah pori hanya dengan guna lidi pencungkil gigi sahaja!

Tutup Pori Dengan Pencungkil Gigi, Teknik Solekan Best Untuk Bakal Pengantin

1. BERSIHKAN KULIT WAJAH

Menurut Hanabono, sebelum mengenakan mekap, anda perlu pastikan kulit dibersihkan menggunakan skrub bagi menghakis segala kotoran dan sel kulit mati yang boleh mencacatkan solekan. Barulah solekan nampak sekata.

Tutup Pori Dengan Pencungkil Gigi, Teknik Solekan Best Untuk Bakal Pengantin

2. KRIM PELINDUNG MATAHARI

Merupakan rutin kecantikan terpenting, sapukan krim pelindung matahari rata-rata pada kulit supaya terlindung dari penuaan yang disebabkan selaran matahri berbahaya.

Ads

Tutup Pori Dengan Pencungkil Gigi, Teknik Solekan Best Untuk Bakal Pengantin

3. SAPUKAN PRIMER DENGAN LIDI PENCUNGKIL GIGI

Apa kegunaan lidi pula? Lidi ini bukan untuk mencungkil pori-pori wajah sebaliknya untuk menyapu krim primer. Lidi tersebut boleh digunakan untuk memasukkan krim secara rata ke dalam pori-pori seterusnya menjadikan permukaan kulit lebih rata.

Tutup Pori Dengan Pencungkil Gigi, Teknik Solekan Best Untuk Bakal Pengantin

Ads

4 SAPU BEDAK ASAS & CONCEALER DENGAN BERUS KEPALA RATA

Seperti biasa, sapukan bedak asas secara menyeluruh dengan berus yang memiliki bulu permukaan rata supaya mudah menolak masuk produk secara rata ke permukaan kulit. Kalau boleh gunakan gerakan menekap dan bukannya gerakan menarik.

 

5 SAPUKAN BALSEM PORI DENGAN LIDI

Ads

Langkah seterusnya dengan menyapu balsem pori jenama The Face Shop atau mana-mana yang bersesuain pada setiap pori-pori yang besar menggunakan lidi. Ia umpama simen yang dimasukkan ke dalam lubang pori agar permukaan kulit jadi rata. Barulah flawless!

Tutup Pori Dengan Pencungkil Gigi, Teknik Solekan Best Untuk Bakal Pengantin

6 AKHIRI DENGAN BEDAK TABUR

Akhiri solekan dengan sapuan bedak tabur atau loose powder yang ditekap pada keseluruhan wajah. Fokuskan pada kawasan yang mudah berminyak seperti dahi dan celah hidung agar mekap terpelihara lama dan kulit pun tak nampak terlampau glossy.

 

SUMBER : semuanyajdt

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI