Kami kongsikan sebuah pengalaman dan tips oleh Puan Syaheera yang berjaya hamil setelah 5 tahun menunggu kehadiran cahaya mata. Menurut beliau, selain melakukan rawatan, ada beberapa rutin harian yang diubah secara agak drastik dalam tempoh 2-3 bulan sebelum dikhabarkan dengan berita kehamilan. Mesti ramai nak tahu apa rutin tu kan?
Jom baca perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.
MULA JALANI RAWATAN DI HOSPITAL KERAJAAN SEJAK 2016
Kami kahwin pada 2014 tapi di awal perkahwinan tu suami masih bekerja sebagai houseman. So bila HO ni, faham faham la. Kepenatan dan stres. Pada tahun 2015, saya ajak suami untuk cuba cari rawatan. Walaupun masa tu dia macam tak nak sebab segan dekat kawan kawan hospital dia kat O&G. Dan mungkin juga perasaan ego lelaki.
Tapi saya explain, kita kena usaha. Mungkin rezeki kita tak secepat orang lain. Jadi kena ikhtiar lebih dari orang lain. Maka sejak 2016 kami dah mulakan usaha buat rawatan. Tapi kami tak exposed dulu sebab saya rasa TTC ni agak private and confidential. Alhamdulillah masa kami mulakan rawatan tu, saya dah stabil emosi. Dah tak nangis-nangis sedih dengan soalan yang menghiris jiwa. Dah tak sedih bila UPT negatif. Thank you suami sebab banyak sangat bagi kata kata semangat.
2016 kami IUI di hospital kerajaan. Failed
2017 kami ulang IUI kali kedua di hospital kerajaan. Failed
Sepatutnya kami kena repeat 3rd IUI, tapi masa tu kami dah mula letih dan rasa nak berehat. Kami manusia biasa, rasa frust tu masih ada.
CARI ALTERNATIF DI KLINIK SWASTA
Satu hari, kami terbaca post Dr Hamid Arshat. Masa tu Mawar and Fizo Omar berjaya pregnant. Terus kami call klinik Dr Hamid. Jauh pun jauh la. Apa la sangat KL tu, drive 3 jam+ dah sampai. Mahal pun takpe la. Mula-mula scan kat klinik Dr Hamid, jeng jeng jeng!!!! Ada cyst. Sedih pulak lagi sekali. Dr kata cyst 8 cm kena operate cepat. Dan bila dah operate, Dr Hamid kata saya ada endometriosis stage 4!
CADANG NAK BUAT IVF LEPAS BALIK BERCUTI TENANGKAN FIKIRAN
Memang sedih bila dapat tahu masalah demi masalah yang menimpa. Kami ambil keputusan pergi bercuti untuk tenangkan fikiran. Balik Jepun, kami nak buat IVF. Waktu ni juga bermulalah segala pantang makan dan semua tips yang orang suggest.
Tapi dengan izin Allah, berkat doa dan dengan bantuan Clomid high dose masa tu Allah makbulkan sebelum sempat IVF. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Jadi saya nak ceritakan sikit antara rutin hidup yang saya ubah 2-3 bulan sebelum berjaya pregnant.
6 RUTIN HARIAN YANG SAYA UBAH SEBELUM BERJAYA HAMIL
Benda ni simple tapi tak ramai yang buat. Sebenarnya dah ramai yang cadangkan tapi saya tak buat sebab rasa benda ni tak ada impak. Tapi sampai satu tahap, saya desperate dan cuba semua tips ni sebab umur dah cecah 30 tahun. Saya dah aim nak mengandung sebelum umur 30. Ini antara usaha saya sebelum berjaya conceive dengan izin Allah.
1. TIDUR AWAL
Tak pernah buat sejak mula bisnes. Paling awal pun pukul 12 tengah malam – 1 pagi. Lagi lagi awal bisnes farmasi memang tak cukup tidur. Tambah dengan bisnes sampingan pulak, saya kena uruskan masa untuk 2 bisnes ni sampai la tidur pun ke laut.
Sejak Januari 2019, saya cuba tidur awal. Paling lewat mesti 11 malam. Biasanya 10 malam dah tidur kalau tak pergi farmasi. Tidur awal ni impaknya boleh tengok dekat mood kita yang lebih tenang. Bangun pagi pun ceria. TTC memang perlukan emosi yang tenang. Percayalah!
2. ELAK FAST FOOD & JUNK FOOD
Yang ni dah agak lama saya amalkan sejak dapat tahu endometriosis. Saya ikut je nasihat Dr Hamid Arshat untuk elakkan toksin daripada makanan yang tak sihat.
Ayam pun saya beli yang organik. Boleh search ayam Az Zain. Benda paling susah nak buat, tapi terpaksa korbankan. Kalau boleh, usahakan masak kat rumah. Kat kedai banyak MSG dan perasa. Tapi kadang-kadang tak sempat, banyak jugak makan kat luar. Cuma usahakan pilih menu yang lebih sihat. You can do it!
3. SNEK TTC
Saya sejenis suka makan buah tapi tak konsisten hari-hari. Sejak Jan 2019, buah-buah wajib ada dalam fridge. Especially TTC fruits yang kaya dengan antioksidan, macam oren, kiwi, berries.
4. ELAK STRES
Benda paling susah nak buat! Stres bisnes pasti ada. Sejak 2019, saya cuba control emosi. Tak marah marah, tak emosional. Enjoy my life to the fullest.
Gaduh suami isteri pun selalu kan. Tak gaduh tiap hari tak sah! Elakkan. Haha.
Saya buat perjanjian dengan suami. Jangan sakitkan hati saya, jangan marah saya, jangan emosional pada saya, jangan gaduh dengan saya. Hahahahaha. Nampak remeh tapi berkesan! Nampak kain pelikat bersepah pun abaikan je lah. Focus TTC!
5. LAW OF ATTRACTION
Law of attraction ni maksudnya kita menarik apa yang kita fikir. Nak ikutkan sebenarnya ni suami saya yang selalu amalkan. Saya jenis malas. Contohnya, dia akan reka nama anak. Berderet-deret list dia. Dia suka masuk kedai baby. Walaupun masa tu nak tengok barang apa pun tak reti. Dia suka baby. Jumpa baby kawan mesti nak dukung.
Lama lama saya pun terikut sama. Masa tu kitorang plan nak ke Jepun dengan kawan TTC. Kitorang semua duk imagine kan best kalau pergi Jepun semua pregnant atau ada baby. Berbulan bulan duk sembang. Jepun, baby, Jepun, baby. Ulang ulang sebut.
Fikir yang positif saja walaupun UPT negatif. Fikir yang baik baik, perkara baik akan datang. Just enjoy your life. Absorb positive vibes. Fikir baby, create nama baby. Baca pengalaman mengandung orang lain, beli baju maternity. Makcik makcik bawang tu abaikan je. Sampai satu tahap, orang perli pun saya gelak je. Pelik makcik bawang tengok kita gelak sakan. Mesti dia ingat meroyan. Haha. Tup tup! Memang jadi kenyataan dengan izin Allah.
6. TEKNIK BBT & OPK
BBT – Basal body temperature
OPK – Ovulation Prediction Kit
Saya sempat guna 2 benda ni untuk 2 bulan cycle untuk aim ovulation. Sesungguhnya, TTC journey ni tak senang. Nak meluah pada public rasa tak appropriate. Sampaikan saya create 1 Instagram account untuk luah perasaan dan abadikan journey TTC kitorang. Kalau korang search kat instagram, ramai yang create IG just untuk TTC journey. Kami tak expose diri, jadi anonymous.
Seronok sebab TTC community ni sangat supportive. No one knows the struggle. TTC 1 tahun tak sama dengan TTC 5 tahun. TTC 5 tahun tak sama dengan TTC 10 tahun. Tahap struggle tu lain.
TTC PERLUKAN KETAHANAN MENTAL & FIZIKAL SERTA SOKONGAN SUAMI
TTC ni nampak simple tapi bermain dengan ketahanan mental dan fizikal. Serioussssly. Pada yang dah kahwin lebih 2 tahun, sebenarnya dah boleh start jumpa doktor. Don’t worry, sebab kalau ada masalah kita boleh cari punca dan selesaikan awal-awal.
Ada isteri yang beritahu saya, suami dia tak nak jumpa doktor. Bagi saya TTC memerlukan komunikasi dan support yang kuat daripada suami. So suami suami tolonglah bagi kerjasama. Kata sayang isteri kan?
Syukur Allah makbulkan pada April 2019. Bila scan dan nampak kantung kecil dalam rahim, mengalir air mata. Nak nak bila daddy dia yang scan kan. Such an emotional moment for both of us. Lama kami tunggu. Cukuplah 5 tahun diuji. Setiap kali menulis, saya sentiasa doakan pada kawan kawan yang masih TTC, yang sedang IUI and IVF. Percayalah Allah sayang kita. Kalau bukan di dunia, pasti Allah kurniakan zuriat di syurga.
FACEBOOK : Puan Syaheera