Ujian Dalam Perkahwinan Penguat Hubungan Suami Isteri, Ini Nasihat Ustazah Asmak Husin Kalau Nak Kahwin Usia Muda

Share

Jika anda berhajat untuk berkahwin dalam usia yang muda, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira. Perkahwinan bukan semata-mata mengejar ‘keseronokan’ semata-mata tetapi lebih kepada soal tanggungjawab.

Melalui hantaran yang dimuat naik oleh Ustazah Asmak Husin di Facebook, beliau berkongsi tentang cabaran berkahwin dalam usia yang muda.

Berikut catatan Ustazah Asmak Husin;

Kredit foto: Pexels

Kahwin muda itu kahwin semasa belajar ke? Kalau kahwin umur 25 tahun, 26 tahun dikira kahwin muda tak? Bagi saya definisi kahwin muda ini luas. Bukan sahaja terhad kepada berkahwin semasa belajar sahaja.

Sesiapa yang berkahwin bawah umur 30 tahun dikira kahwin muda. Kebiasaannya umur bawah 30 tahun ini, umur kita baru nak bina kerjaya dan masih struggle dengan pendapatan.

Apabila berkahwin muda pasti ada ujiannya. Tapi jangan pula anggap ujian ni negatif hingga menakutkan awak untuk berkahwin awal. Ujian dalam perkahwinanlah yang menjadi penguat hubungan suami isteri.

Ketika baru berkahwin, biasa simpanan masih lagi sikit. Rumah sendiri belum ada. Hanya mampu menyewa. Kereta pun baru beli. Hidup pun masih lagi mencari rentak untuk stabilkan pendapatan.

Kredit foto: Pexels

Tidak mengapa. Itulah proses berumah tangga. Yang penting awak tahu plan ke mana hala tuju perkahwinan. Awak tahu macam mana nak susun dan kawal kewangan keluarga. Yang paling penting, kena rajin dan bertanggungjawab.

BUKAN HANYA YANG INDAH-INDAH SAHAJA 

Dalam perkahwinan bukan semuanya manis dan indah tetapi hakikat kehidupan penuh dengan ranjau dan duri.

Firmankan Allah SWT di dalam Al-Quran:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Maksudnya: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah Al-Mulk: 2)

Justeru itu, sebarang bentuk ombak, onak dan duri perlu diselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana. Ini akan melahirkan rumahku ‘Syurgaku.’

Sumber: Ustazah Asmak Husin

Kredit foto (top image): Pexels

Published by
Hasliza