
Unik dan ringkas, elemen utama gubahan hantaran buat si kekasih hati. Dekorasi serba ringkas dengan bunga carnation merah jambu tentunya memberi suntikan kelainan.
Tip:
1. Bungaan segar carnation penyeri persembahan hantaran serba ringkas.
2. Esensi tradisi tepak hantaran masih mengekalkan esensi tradisi.
3. Penggunaan cermin memberi refleksi unik dan bersahaja
Nota: Make sure barang hantaran anda tu tak berat/sarat sangat. Risau cermin tak boleh nak tampung pula. Ataupun bila frame cermin yang berkualiti dan teguh.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lelaki Ini Kongsi 7 Sebab Kenapa Rezeki Suami, Isteri & Keluarga Sukar Masuk

Baginya komunikasi adalah asas dalam rumahtangga. Jadi balik je dari kerja lepas settle anak-anak, masak, basuh bajuh apa semua, cuba audit diri kita Bersama. Berhenti menyalahkan pasangan walau apa pun puncanya. Nak ubah sesuatu terutama kebahagiaan dan kewangan keluarga kita perlu bermula dari kita sendiri, bukan dengan melihat kelemahan orang. Ini perkongsian Mizan Dzai ;
- Sering bergaduh
Bergaduh sesama suami isteri lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, itulah asbab rezeki disekat.
- Merungut dan merasa anak adalah beban
Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana anak adalah rezeki Allah. Ibu bapa perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan merasa terbeban.
- Mengeluh dengan apa yang dimiliki
Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyyukur dengan apa yang ada tidak kira banyak atau sedikit. Syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.
- Lokek dengan pasangan dan anak-anak
Jangan berkira-kira mempermudahkan hal yang baik untuk keluarga. Perlu ada tolak ansur sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi Bersama.
- Gagal mengawal emosi marah
Jangan tinggikan suara. Sebutkan kata-kata yang baik bila Bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buang cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan zahirkan layanan yang penuh mesra.
- Kurang sabar
Bersabar dalam menangani kerenah suami, isteri dan anak-anak. Kadangkala ada sesuatu perkara yang kita tidak berkenan. Namun, carilah penyelesaian secara baik.
- Kurang berdoa dan bertaqwa
Sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak.ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Family Mertua Suka Campur Tangan, Anda Perlu Lebih Berani

Salah satu penyebab runtuhnya suatu perhubungan rumahtangga adalah kerana salah menerima nasihat. Banyak kes keretakkan rumah tangga berpunca dari campur tangan pihak ketiga. Terutamanya nasihat dari keluarga terdekat! Mengapa dan kenapa, semuanya terdapat dalam penjelasan di bawah.
Hanya Dapatkan Bantuan Sekiranya Buntu
- Tidak salah untuk mendapatkan pertolongan orang lain terutamanya ahli keluarga yang terdekat mengenai masalah rumahtangga. Jika boleh, minta pertolongan/nasihat hanya apabila anda benar-benar buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setakat masalah kecil, anda dan pasangan harus berbincang sebaiknya. Dikhuatiri jika mendapatkan nasihat dari keluarga atau orang lain, masalah kecil tersebut akan merebak menjadi masalah yang lebih besar. Fikir dahulu sebelum bertindak kerana ia merupakan hal peribadi anda dan pasangan.
Bijak Memilih Nasihat
- Anda haruslah teliti dan bijak mengambil nasihat-nasihat yang diberi. Salah percaturan, porak peranda rumahtangga anda. Bukan semua nasihat boleh diterima bulat-buat. Kadang kala, nasihat tersebut baik untuk anda tetapi bukan kepada pasangan anda. Ia boleh dikategorikan sebagai nasihat berat sebelah.
Bijak Memilih ‘Kaunselor’
- Bertanya kepada individu yang boleh membantu menyelesaikan masalah. Bukannya individu yang membantu menambah kekusutan anda atau pasangan. Jika boleh, dapatkan nasihat dari individu yang anda ketahui relaks apabila menyelesaikan sesuatu masalah dan bukannya mengikut emosi semata-mata. Individu sebegini dilihat mampu memberikan pandangan merangkumi masa sekarang dan juga akan datang.

Berbincang Terlebih Dahulu
- Sebelum mendapatkan bantuan keluarga atau insan sekeliling, apa kata anda dan pasangan cuba sehabis mungkin berbincang mencari jalan penyelesaian. Jika boleh, hal rumahtangga harus diselesaikan tanpa melibatkan campur tangan pihak ketiga terutamanya keluarga terdekat. Sekian kalinya, tidak salah mengambil pandangan nasihat orang ketiga bagi menyelesaikan masalah rumahtangga tetapi anda haruslah berhati-hati.
Tegur Jika Keterlaluan
- Anda sebagai ketua keluarga harus bijak menjalankan peranan sebagai ketua. Sekiranya si isteri asyik mengadu domba mengenai hal berkaitan rumahtangga anda, kemungkinan besar peratus untuk keluarga mertua masuk campur adalah tinggi. Jika sesuatu pertikaian berlaku melibatkan campurtangan pihak lain, anda haruslah bijak mengatasi masalah ini. Jangan sesekali melibatkan emosi dalam percakapan. Terangkan secara tenang dan jelas kepada semua terutamanya pihak mertua/keluarga bahawa masalah tersebut seharusnya anda dan isteri sahaja yang selesaikannya. Anda juga disarankan untuk menegur pasangan jika ia kerap melibatkan keluarga atau orang ketiga dalam masalah anda berdua. Tegur sebaiknya.
Tip Bermesra:
Tutup SmartPhone Anda! Petua untuk lebih romantik adalah sering berkomunikasi dengan pasangan anda di rumah atau apabila berdua. Secanggih mana pun gajet anda, ia tidak mampu memberi kemesraan kepada pasangan sekiranya anda kurang bercakap dengannya
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elakkan Badan Berbau Di Hari Bahagia Anda Dengan Cara Ini !

Semakin dekat majlis perkahwinan anda semakin berdebar rasa di hati. Pastinya anda tidak sabar untuk di satukan oleh orang yang anda cintai. Tetapi, mungkin ada di antara anda yang mempunyai masalah bau badan. Hal ini pasti menjadi kerisauan kepada anda, lebih-lebih lagi bila tiba di hari bahagia anda.
Jangan risau, pelbagai cara boleh diamalkan untuk menghalang badan dari berbau. Jangan berhenti mencuba. Ingat tiada siapa suka jika badan anda berbau. Tips ini pasti dapat membantu anda.
1.Daun Sireh
Ambil 20 helai daun sireh dan rebuskan dengan air sebanyak 1liter. Gunakan air rebusan tersebut untuk mandi di pagi hari. Amalkan selalu untuk hasil yang berkesan.
2. Timun
Hiriskan timun dan gosokkan di ketiak anda. Amalkan setiap kali selepas mandi. insyaAllah, anda akan nampak kesannya nanti.
3. Petai
Tahukan anda bahawa petai boleh menghilangkan bau badan? Walaupun petai berbau, tetapi hakikatnya ia boleh membuang bau badan yang menusuk kuat.
4. Limau Purut
Amalkan gosok di ketiak atau bahagian lipatan badan seterusnya jangan dibuang. Rendamkan di dalam air mandian dan mandi dengan air tersebut. insyaAllah bau badan anda akan hilang.
Sumber : ikahwin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI