Untuk Hindari Konflik, Inilah 7 Fasa Dalam Perkahwinan Yang Perlu Suami Isteri Tahu!

Share

Perjalanan dalam mengharungi sesebuah rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah. Setiap fasa perkahwinan pastinya ada cabaran yang bakal anda tempuhi.

Agar tidak timbul sebarang konflik dan perselisihan faham dalam rumah tangga, pastikan anda dan pasangan faham 7 fasa yang dikongsikan oleh Kaunselor Perkahwinan bernama Hajah Aniz Hj Anwar ini. Semua menjadi panduan untuk semua suami isteri.

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah pagi ini dapat sama-sama untuk terus berkongsi ilmu berkaitan psikologi perkahwinan. Sebagai Kaunselor Perkahwinan tentunya asam garam, pahit maung alam rumah tangga itu ibarat menjadi ‘santapan’ saya untuk memberi bimbingan dan membantu.

Menjalani perjalanan alam perkahwinan itu sebenarnya tidaklah semudah yang disangka… jika kursus perkahwinan itu asasnya untuk menyediakan ruang celik akal awal tentang alam baru yang BAKAL ditempuhi namun untuk melayarinya pula bukan boleh ikut suker I, apa masalahnya…you kenalah terima I seadanya, you NAK BETULKAN I; you sendiri pun tak betul dan seterusnya segala macam skrip pertembungan yang boleh menyebabkan pasangan merasakan PERKAHWINAN INI SATU KESILAPAN.

Sejak akhir-akhir ini banyak saya menerima kes pasangan yang berhadapan dengan konflik perkahwinan pada USIA perkahwinan mereka sekitar 2 hingga 10 tahun. Ternyata antara fasa yang paling mencabar adalah sekitar usia ini.  Sebelum saya mengupas lebih lanjut izinkan saya berkongsi sedikit berkaitan 7 FASA DALAM PERKAHWINAN yang perlu pasangan ambil tahu iaitu :

1. Fasa Honeymoon @ Bulan Madu

Ahaa! Fasa nie kiranya fasa tahap sweet potong kakilaa nie….semuanya nampak indah-indah dan molek, comel lagi hensem belaka.

2. Fasa Realization

Ohoi! Tudiaaa…tibalah saat DUNIA REALITI mengambil tempat warna sebenar pasangan, hobinya, habitnya, keluarganya, pengurusan kewangan, kerjaya dan pelbagai lagi kenyataan hidup yang perlu dihadapi dan ditangani bersama dengan kematangan, toleransi, kerjasama dan pengertian yang pastinya TIDAK mampu dikuasai sepenuhnya dalam masa yang singkat. Maka TIDAKLAH menghairan jika ramai di kalangan pasangan cenderung untuk terperangkap di fasa berikut ini.

3. Fasa Rebellion

Pertembungan nilai, hobi, keseronokan, habit , keutamaan dan sebagainya boleh menyebabkan pertengkaran dan perselisihan timbul. Bagaimana CARA BIJAK untuk mengatasinya??? Talk to each other instead of about each other maksudnya dengan diplomasi , penuh ruh kasih sayang sebelum berbincang atau berkomunikasi dengan pasangan untuk hal-hal yang boleh menguris atau melukakan perasaannya dengan teguran ataupun nasihat tersebut why not solat berjemaah dan solat 2 rakaat terlebih dahulu mohonlah pertolongan Allah swt yang memiliki dan memegang hati hamba-hambaNya #janganSOMBONGdenganAllah tak elok untuk keharmonian dan kelangsungan perkahwinan. Itu yang bila tersentap, terguris, termarah dan seumpamanya simpan jadi dendam…

TAK NAK sebenarnya bergaduh tetapi can’t help it…bila bercakap mudah sangat nak bergaduh. Jika tiba fasa ini ; si isteri pula sedang mengandung ataupun ada dah anak kecil bukankah tak bagus untuk mereka.  Anak-anak MENCERAP dengan cemerlang setiap gerak geri, tutur kata dan semua yang ibu juga ayahnya lontarkan maka tanya-tanyakan pada diri kita sebagai ibu ayah TAULADAN apa yang ingin kita wariskan pada anak-anak???

Walau bagaimanapun menurut pakar FASA REBELLION ini merupakan satu fasa yang sukar kita elakkan bahkan kematangan serta keterbukaan pasangan untuk saling belajar dan sama-sama  melaluinya akan membawa mereka menguasai “the art of the GOOD FIGHT” yang seterusnya dapat membantu penyesuaian untuk peringkat seterusnya. Apapun BERHATI-HATI kerana kegagalan pasangan mengharungi fasa ini dikenal pasti antara PUNCA terjadinya isu-isu seperti kecurangan, outlandish spending, berjauhan dan seumpamanya sebagai satu escapism untuk lari daripada masalah. Dan tidak dinafikan ia akan mengundang kekeruhan yang lebih kronik.

Cukuplah jika suatu ketika dahulu ibu ayah kita jahil, keliru , kurang ilmu tentang alam rumahtangga…tidak harmoni mahupun bercerai berai MAKA takkan kita tegar menjadikan ia satu legasi keluarga pula. Oleh itu AKURLAH untuk memilih dan membenarkan BAHAGIA mengiringi kehidupan ini.

4. Fasa Cooperation @ Kerjasama

Melewati masa hubungan terus terjalin dengan pelbagai warna dan ragam yang ditempuhi bersama. Pastinya ianya juga secara tidak langsung turut mengundang bersama cabaran-cabaran baru seperti kerjaya yang berkembang, anak yang semakin bertambah, rumah yang semakin besar dan komitmen yang semakin meningkat.

Pada fasa ini, pasangan seharusnya semakin matang dan bijaksana untuksama-sama saling bertoleransi menguruskan keluarga , kewangan, kebajikan, kerjaya dan seumpamanya. Kejujuran, ketelusan, keikhlasan untuk saling berbagi juga saling menguatkan antara satu sama lain amat diperlukan. Jika wujud MASALAH bukan bertindak secara individu dan memandang sebagai MUSUH tetapi KERJASAMA. Maka sebab itulah isu-isu di peringkat FASA REBELLION itu sekiranya tidak diselesaikan dengan berkesan maka kerjasama erat SUKAR untuk dinikmati kemanisannya.

Bagaimana ingin merawat dan membantu??? Dapatlah bantuan PAKAR sekiranya wujud ancaman, konflik dan isu yang tak mampu dibereskan bersama jangan sesekali cuba menafi atau menidakkan masalah mahupun buat pekak dan tuli kerana RISIKOnya sangat tinggi di kemudian hari lebih-lebih lagi apabila lelah, putus asa dan tawar hati sudah mengambil tempatnya.

5. Fasa Reunion

Fasa ini lazimnya tiba selepas 10 hingga 20tahun berlalunya FASA COOPERATION tamat bilamana anak-anak sudah membesar, menamatkan pengajian dan memulakan kehidupan mereka sendiri iaitu komitmen sebagai induk keluarga semakin berkurangan. Ketika inilah pasangan dikatakan mempunyai ruang yang lebih luas dan selesa untuk kembali menghidup dan meraikan cinta dan alam perkahwinan mereka.

For happy couples, it is a time to appreciate each other again, not as parents and providers but as lovers and friends, thinkers and seekers. Achieve this and there’s peace, happiness and reconciliation. Fasa inilah dijangkakan boleh kita beribadah dengan lebih tenang dan fokus, sama-sama menghadiri majlis ilmu, menunaikan haji dan umrah, melancong ke luar negara dan seumpamanya.

Walau bagaimanapun tidak dinafikan fasa ini juga tidak terlepas dari ujian dan hari-hari mendatang yang tidak dijangka contoh sekiranya pasangan yang berkahwin dengan jurang usia yang agak jauh barangkali akan diuji dengan isu kesihatan , harapan dan peranan yang perlu dilakukan dalam memenuhi tuntutan lain yang sewaktunya seperti kerjaya , keluarga dan lain-lain.

6. Fasa Explosion

Tidak dinafikan jalan cerita dan garis takdir setiap dari kita ada kisah dan cabaran yang tersendiri. Pada fasa ini ada ketikanya pasangan diuji berhadapan dengan masalah kewangan, kesihatan yang kronik, jatuh bangun kerjaya atau perniagaan, kehilangan insan tercinta @ orang tua, perebutan harta, pertelingkahan adik beradik.

MAKA semua ini menuntut kekuatan semangat dan keyakinan juga pengorbanan serta kasih sayang untuk saling menguatkan antara satu sama lain. Namun tidak semua dari kita sangat bertuah dianugerahkan CELIK AKAL dan KEYAKINAN  yang teguh juga KESEMBUHAN dalam masa yang sangat singkat.

Apatah lagi sekiranya dengan ketiadaan ilmu dan kemahiran untuk sama-sama menyelami dan punya NAWAITU yang jelas untuk bersama menjemput syurga Allah makanya disini tidak hairanlah KENAPA ada ketikanya di penghujung usia terkadang ada di kalangan pasangan yang akur memilih jalan penceraian khususnya yang sarat membawa bebanan emosi, kekecewaan dan kesakitan sepanjang perkahwinan mereka.

7. Fasa Completion

Setiap yang berlaku itu tidak pernah sia-sia begitu jugalah dengan perjalanan menusuri alam perkahwinan ini. Sebuah perkahwinan yang bahagia itu BUKAN kisah satu hari tetapi ia adalah HASIL KETEKUNAN, KEBERANIAN, KEYAKINAN JUGA KETEGUHAN SERTA KOMITMEN pasangan yang tidak berbelah bahagi. Mereka akur memilih bahagia, mereka berani menjemput bahagia dan mereka juga bertanggungjawab untuk mencipta bahagia.

Jika ditanya R.A.H.S.I.A apakah yang membawa kepada kejayaan ini??? Pastinya sebagai seorang Muslim halatuju dan MENTAL PICTURE yang jelas untuk membawa dan melihat pasangan serta ahli keluarga juga anak-anak yang dikasihi di syurga Allah itulah “tool” ajaibnya.

Kerana apa? Selagi kita bernama manusia bergelar perjalanan di dunia akan tetap terus teruji tidak kira di waktu sukar, sakit, kecewa, sedih dan seumpamanya mahupun di saat kemuncak kejayaan dan kebahagian hidup ini. Sebab itu jugalah selalu saya mengingatkan diri juga klien-klien serta pasangan yang hadir ke sesi kaunseling saya…

“Mohonlah apa sahaja yang baik-baik, yang hebat-hebat untuk membantu perjalanan dunia kita TETAPI jangan dilupakan satu perkara sertakan bersama…”Ya Allah anugerahkan kami dengan rumahtangga yang mawadah, sakinah war rahmat…jadikanlah pasangan yang saling membahagiakan antara satu sama lain, jadikanlah kami zuriat kami, keturunan kami sebagai hambaMu yang beriman, berilmu dan bertakwa.

Berikanlah kami rezeki yang luas dan penuh barakah di dalamnya, anugerahkanlah kami kesihatan dan kecergasan minda, jasmani dan ruhani agar dengannya kami dapat beribadah dan membantu perjalanan dunia juga MENDEKATKAN kami pada syurga-Mu Ya Allah”…

Kesimpulannya apa sahaja yang kita POHON jangan dilupa moga dengan anugerah yang dititipkan Ilahi itu bakal mendekatkan kita lagi menghampiri syurgaNya bukan menjauhkan dan sebaliknya mengundang kemurkaan dan derhaka kita pada Ilahi…#nauzubillahminzalik

Pesanan dari hati untuk sahabat yang sudi membaca coretan dan WAKAF ilmu Menjemput Cinta Jannah ini…

“Duhai suami ciptalah syurga buat isterimu di dunia ini andai impianmu ingin menjadikan dia bidadarimu…kerana mengertilah bidadari tidak hadir di neraka!!”

Saling mendoakan…saling menguatkan…saling berkasih sayang kerana Allah bukan semata kerana makhluk mahupun dunia yang sementara!! Kita jemput Allah…hidupkan Allah…suburkan Allah NESCAYA Kasih Allah Yang Maha Pencinta Ya Wadud akan mengalirkan energi kasih sayang yang membangunkan Cinta Jannah itu dengan sendirinya…In sha Allah!

Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 1 :
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

Firman Allah dalam Surah Ar-Rum 30; Ayat 21 :
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Firman Allah  dalam Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49 :
“Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.”

Moga CINTA KITA …Cinta yang mampu membangunkan dunia yang lebih sejahtera dan akhirat yang lebih bahagia…In sha Allah…Aamiin Allahumma Aamiin Ya Allah!

Salam Cinta Jannah !

Published by
webadmin