Tugas isteri ialah sentiasa berada di sisi suami dia saat susah ataupun senang. Selain itu, menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk menjaga hati suami daripada disakiti. Mungkin perkara ini kedengaran pelik, namun suami juga mempunyai perasaan dan jangan ambil mudah mengenainya.
Lelaki mungkin sukar untuk meluahkan perasaan yang terkandung di dalam isi hatinya, namun percayalah, mereka juga seorang yang manja dan perlukan perhatian dari si isteri. Oleh itu, Pesona Pengantin kongsikan 9 perkara yang harus dan wajib para isteri tahu demi menjaga hati suami tercinta!
Suami adalah pemimpin rumahtangga. Jadi hormati dia selayaknya. Jangan perlekeh atau sebut kesilapan suami di hadapan mertua dan anak-anak atau orang penting kerana ini akan menghancurkan hati suami dalam diam.
Sebagai isteri, elakkan bangkang cakap suami kerana suami akan rasa terancam dan rendah diri serta nilai diri suami akan merosot. Isteri harus akur dan patuh terutama berkaitan dengan hukum seperti agama dan sebagainya.
Tolong sokong pendirian dan pandangan suami atau minat suami. Ini penting untuk membentuk keyakinannya. Pendirian suami adalah maruah lelaki.
Cubalah fahami suami walaupun ianya tidak terucap. Lelaki sangat berbeza dengan wanita. Hati perempuan dilepas dimulut manakala mulut lelaki adalah dihatinya. Perempuan lebih selesa meluahkan rasa tidak puas hati. Tetapi lelaki, mereka lebih suka memendamnya.
Terimalah hakikat bahawa, hanya ada segelintir sahaja suami yang pandai memujuk dan meminta maaf. Kebanyakan mereka sukar untuk meluahkan kata-kata romantik buat isterinya. Jadi, sebagai isteri, anda perlu menerima suami anda seadanya.
Suami lambat bertindak sebab suami banyak berfikir. Harus diingat, lelaki adan Sembilan akal dan mereka akan tapis setiap satu perkara dengan berhati-hati sebelum bertindak. Ini tidak bermakna yang mereka tidak bertanggungjawab tetapi lebih rasional berbanding wanita.
Awas kepada isteri, jangan puji lelaki lain di depan suami anda. Ini membuatkan dia rasa lebih tercabar dan meningkatkan rasa cemburunya. Haris diingat, suami anda juga ada perasaan.
Tolong patuh perintah Allah tanpa suami perlu pesan selalu kerana suami kadang kala kesian, tak mampu dan tak sanggup untuk menegur dengan secara hikmah.
Sesetengah suami tidak pandai mempemerkan emosi dan perasaan mereka. Walaupun dia jarang mengungkap kata cinta, tetapi itu bukan bermakna dia tidak menyayangi anda.