Setiap pasangan yang menjalinkan hubungan cinta pastinya mengingankan hubungan yang bahagia dan harmoni. Pertengkaran dan perselisihan faham merupakan lumrah buat pasangan yang mejalin cinta. Tidak dinafikan, perkara inilah yang membuatkan hubungan cinta lebih dewasa dan matang.
Namun, Dalam memastikan hubungan yang dibina terus kekal dan bahagia, ada beberapa perkara yang tidak akan dilakukan oleh pasangan bercinta. Perkara ini boleh menjejaskan hubungan sekaligus membawa kepada perkara yang tidak diinginkan.
Jom kita lihat 7 perkara tersebut!
Diakui cemburu itu perlu ada, namun jika sudah berlebihan ia memberi kesan memudaratkan kepada perhubungan. Orang yang gembira hidupnya mensyukuri nikmat yang dia miliki dan tidak membandingkan kehidupan orang lain dengan diri sendiri. Cemburu yang tidak berasas boleh menyebabkan pasangan merasa rimas dan bosan.
Bertekak hanya untuk membuktikan anda betul. Jika anda tiada perkara relevan untuk didebatkan, tutup mulut dan elakkan pertengkaran yang boleh goyahkan rasa cinta. Walaupun pendapat anda lebih bernas dari pendapat si dia, jangan terlalu ego untuk menunjukkan keputusan anda. Berbincang dengan baik agar semua berjalan dengan baik.
Sentiasa mengadu mengenai semua perkara. Itu tak kena, ini tak kena. Ada saja yang salah di mata. Ia bukan sahaja mempengaruhi keyakinan diri, malah mengganggu hubungan antara orang sekeliling terutamanya pasangan yang sentiasa ada di sisi. Berfikiran positif membolehkan anda fokus kepada perkara yang baik dan mengetepikan apa yang tidak penting.
Salah satu perkara yang paling mencabar dalam perhubungan adalah menerima pasangan dan orang sekeliling seadanya. Jika memasang harapan akan sesuatu yang tidak pasti terlalu tinggi, anda akan kecewa. Yang penting, jangan terlalu materialistik. Terima pasangan anda seadanya dari segala aspek termasuk keluarganya, kerjayanya dan lain-lain lagi.
Sememangnya anda sakit hati dengan perbuatan orang lain yang berlaku kejam dalam hidup anda. Namun, orang yang bahagia tidak menyimpan dendam, malah membiarkan mereka dan hanya mampu berdoa agar Tuhan yang membalasnya. Balas dendam bukan jalan yang terbaik untuk anda membuktikan sesuatu. Sebaiknya, anggaplah ia sebagai ujian dari yang Maha Esa.
Pasangan yang bahagia tidak akan sesekali curang dalam perhubungan. Sesungguhnya curang adalah mimpi ngeri buat setiap pasangan kerana ia adalah punca utama kepada masalah perhubungan. Jika sudah tiada cinta lagi pada pasangan, pupuklah ia kembali agar mekar kembali seperti detik permulaan bercinta. Jangan biarkan ia memudar begitu sahaja dan membenarkan anasir-anasir yang tidak baik mengganggu hubungan anda.
Pasangan yang bahagia tidak akanbergaduh setiap hari tanpa sebab. Mungkin pergaduhan kecil dianggap normal, namun sekiranya ia berlaku dengan kerap tanpa menemukan jalan penyelesaian, ia boleh dianggap bahaya. Jangan biarkan masalah kecil dibesarkan-besarkan hingga membuatkan anda berdua bermasam muka. Sekiranya terdapat masalah dalam hubungan, bincang dengan baik dan jangan sesekali memendam perasaan. Luahkan pada pasangan anda agar dia tahu apa yang terkandung di dalam isi hati anda.