Untung Dapat Pasangan Kaki Travel Ni, Semua Tempat Dia Pergi Mesti Nak Ada Dengan Kau

Share

Siapa sahaja yang tak suka melancong kan? Lagi best kalau dapat melancong ke negara orang. Kita dapat lihat sendiri suasana dan budaya mereka disana. Malah, kita juga boleh merasa jenis makanan mereka disana.

Apa yang lagi menarik pasal travel ini ialah bila pasangan anda pun turut meminatinya juga. Ia satu bonus! dapat pula yang memang nak travel semua tempat anda. Ini antara ciri-ciri dan sebab mengapa pasangan kaki travel menjadi pilihan!

1. Pandai cari destinasi menarik untuk keluarga 

Dia pandai pilih mana tempat yang sesuai, selamat dan menarik untuk keriangan seisi keluarga. Dia akan cari tempat yang paling menjimatkan tapi paling menyeronokkan.

2. Destinasi berbulan madu terbaik

Tak hanya pandai mencari destinasi menarik untuk keluarga malah dia juga akan memastikan destinasi berbulan madu anda dengannya adalah tempat yang sangat romantik dan menjadi kenangan yang indah buat anda berdua.

3. Lebih mudah menyesuaikan diri 

Bila dah dekat negara orang ni mesti akan ada rasa kekok. Namun, tidak bagi kaki travel seperti ini kerana mereka mudah menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.

4. Berpandangan Luas, Berfikiran Terbuka.

Pengetahuan am hebat, senang dibawa berbincang. Dia tengok macam-macam budaya, dia dapat terima perbezaan pendapat. Dia tahu mana yang elok, mana yang tidak. Dia lebih berkompromi. Dia ada banyak bahan nak cerita. Dia tahu macam mana nak cari arah kiblat, solat ketika travel dan mengambil wuduk dengan air mineral 500ml. Kau tengok dia punya kesungguhan untuk menunaikan kewajipan dalam kepayahan. Macho beriman.

5. Dia Sentiasa Berduit Untuk Berjalan

Travel tu satu agenda hidup dia. Tiap tahun dia akan set destinasi. Dalam atau luar negara, kalau tak berjalan jiwa dia kacau. Sesekali mesti dia akan bawak anda juga. Untung badan. Tahu tak bosannya kahwin dengan laki yang tak minat travel?

Published by
NanyRahman