UNTUNG Isteri Dapat MENTUA Supportive. Ini RAHSIA Nak Tackle Hati Mak Ayah Suami..

Share

Ingat lagi tak kali pertama jumpa bakal mentua? Malu, kekok, berdebar dan macam-macam lagi perasaan ada. Itu baru jumpa bakal mentua, belum termasuk ipar duai lagi. Bila dah sah jadi sebahagian ahli keluarga, misi kita adalah untuk menjadi kesayangan mereka. Nak tackle hati mereka tak susah cuma kena ada usaha sikit.

 

Pernah dengar cerita menantu hantu? Banyak perkongsian tentang menantu yang tak digemari mentua. Kadang-kadang bukan menantu yang buat hal tetapi mentua yang cerewet. Atau pun menantu tu bukan favourite mentua. Macam-macam kes dalam perkahwinan yang kita boleh ambil iktibar.

 

Kali ini Pesona Pengantin nak berkongsi tip supaya bakal menantu boleh jadi pilihan mentua dalam keluarga. Mohon jangan ada yang cemburu ya!

 

Baca juga artikel Sebelum Kahwin, Kenal Dulu Keluarga Mentua. Itu Tip Penting AYDA JEBAT Highlightkan! – Pesona Pengantin

  1. Luangkan masa

Langkah pertama yang perlu anda ambil adalah menjengah mereka di kampung. Sesibuk mana pun, luangkanlah sehari dua untuk bersama-sama mereka. Namun, untuk keluarga yang tinggal di luar daerah atau negeri, musim PKP ini kita sedia maklum tidak boleh ke mana-mana.

 

Tetapi anda tetap boleh berhubung dengan mereka melalui teknologi yang ada. Panggilan video adalah salah satu cara paling mudah untuk anda bertanya khabar. Tak perlu tunggu suami atau isteri untuk hubungi mereka, anda sendiri boleh menunjukkan ‘effort’.

 

  1. Jaga maruah diri dan pasangan

Penampilan adalah salah satu perkara yang menjadi keutamaan untuk dinilai. Bukan sahaja anda perlu jaga penampilan diri depan mentua tetapi lakukanlah kerana Allah Taala. Sudah menjadi kewajipan wanita Muslim untuk menjaga aurat, baik yang sudah berkahwin mahupun masih bujang.

 

  1. Pemurah

Janganlah terlalu berkira dengan mentua. Setiap kali anda menjenguk kedua orang tua, bawalah buah tangan yang boleh menggembirakan hati mereka. Rajin bertanya pada pasangan apakah kegemaran mentua anda. Niat untuk membahagiakan kedua orang tua adalah perkara yang sangat mulia. Tidak habis harta di dunia hanya kerana ingin mengukir senyuman pada kedua ibu bapa.

 

  1. Cari topik perbualan

Apabila bersama mereka, carilah topik yang boleh dibualkan. Sekiranya anda buntu, lihat sahaja sekeliling atau bincangkan hal semasa. Anda juga boleh bertanya tentang kesihatan mereka dan aktiviti yang sering mereka lakukan ketika ini. dari situ nanti, banyaklah benda yang hendak dibualkan.

 

  1. Rajin

Orang yang ringan tulang ni memang semua orang suka. Baik mentua, ipar duai dan ahli keluarga kita sendiri pun suka bila berdampingan dengan orang yang ringan tulang. Tak semestinya anda perlu terus tunjukkan skil memasak di hadapan mentua. Sekurang-kurangnya tolonglah mereka di dapur, mencuci pinggan mangkuk, potong sayur atau temankan ayah ke pasar.

 

  1. Jaga akhlak

Akhlak yang baik adalah cerminan diri anda. Bawalah keindahan akhlak ini walau di mana sahaja anda berada lebih-lebih lagi di hadapan orang tua. Bila dah berumahtangga, ubahlah perangai kita ketika bujang. Baik wanita atau lelaki, perubahan selepas berkahwin itu sepatutnya menjadi lebih baik dari sebelumnya.

 

  1. Peka

Bila sebut soal peka, maknanya anda tidak boleh pentingkan diri. Sentiasa beri perhatian kepada apa yang berlaku kepada mentua. Apabila mereka bercerita, dengarlah dengan penuh perhatian dan berilah respon yang sepatutnya. Tak perlu berlawan-lawan cerita kerana niat anda bertemu mereka adalah untuk menggembirakan hati mentua, betul tak?

 

  1. Doa

Sebagaimana anda memanjatkan doa untuk kedua ibu bapa sendiri, begitulah anda perlu berdo untuk mentua. Doakan kesihatan mereka, panjangkan umur dan mohon kebahagiaan mentua sehingga ke akhir hayat. Semoga anda dapat terus berbakti kepada ibu bapa dan mentua sehabis baik selagi ada hayat.

 

Bukan susah pun nak buat semua ni. Antara nak dengan tak nak je. Kalau diikutkan, tip ini sebenarnya boleh diaplikasi untuk kita jadi anak yang soleh dan solehah. Bila melibatkan kedua orang tua, janganlah berkira sangat. Mereka adalah orang yang perlu kita hormat.

 

Ready untuk berubah?

 

 

Published by
Anis Nor