Upah Tok Kadi Atau Jurunikah?

Share

Untuk anda yang bakal menikah dalam masa terdekat, adalah tanggungjawan anda mengetahui apa yang patut di lakukan pada hari pernikahan tersebut nanti. Seperti mengupah tok kadi atau jurunikah?. Tahukah anda bahawa sewaktu majlis pernikahan di dalam kebanyakan negeri upah nikah perlu diberikan kepada jurunikah atau tok kadi yang menikahkan pengantin?

Kebiasaannya, pengantin atau wakil keluarga perlu memberikan upah pada kadar yang telah ditetapkan oleh jabatan agama bagi setiap negeri.

Hal ini membuatkan kadar upah ini berbeza mengikut negeri di mana pernikahan tersebut dijalankan. Seperti contoh, bagi negeri Selangor. Bayarannya adalah RM160

, iaitu ianya merangkumi RM100 untuk jurunikah, RM20 untuk pendaftaran pernikahan dan baki RM40 adalah untuk 2 orang saksi yang dibawa oleh jurunikah.
foto : baituljannah

Oleh itu, sila rujuk jabatan agama negeri pernikahan anda untuk mengetahui nilai upah nikah yang perlu anda sediakan sewaktu majlis pernikahan anda berlangsung.

 

Sumber : kahwinmall

Published by
NanyRahman