Uqasha Senrose Akui Selesa Berkawan Dengan Ben Amir Serta Dalam Proses Mengenali Hati Budi

Share

[et_pb_section admin_label=”section”]
[et_pb_row admin_label=”row”]
[et_pb_column type=”4_4″]
[et_pb_text admin_label=”Text”]
Pelakon jelita Uqasha Senrose yang membintangi filem Hantu Kak Limah bagai tidak berselindung dan mengakui rapat dengan pelakon Ben Amir. Dia juga kerap memuat naik foto bersama pelakon Ben Amir di laman sosial. Tidak dinafikan perasaan bimbang dengan tanggapan orang sekeliling apabila melihat dia seperti kerap bertukar-tukar pasangan. Akui Uqasha, dia dan Ben kini masih di peringkat berkawan. Uqasha juga memberitahu dia sangat selesa berkawan dengan Ben dan kini dalam proses mengenali hati budi.

“Saya dah kenal dia sejak 2013 tapi kami bertemu selepas dia berlakon dengan adik saya iaitu Nelydia. Jujur saya akui sangat selesa berkawan dengan Ben. Ini kerana apabila bersamanya, saya boleh jadi sendiri,” akui Uqasha

Pesona Pengantin berkongsi isi hatinya terhadap lelaki pilihan dan perkahwinan impiannya.

Definisi kahwin

Perkahwinan ialah bila kedua-duanya ada rasa tanggungjawab untuk menjaga satu sama lain. Hidup berdua, buat semua perkara bersama,.

Sasaran untuk berkahwin?

Sebenarnya sudah melepasi sasaran yang sepatutnya iaitu 25 tahun. Namun tidak kesampaian jodoh. Jujur Sha takut untuk melaluinya sebab sudah beberapa kali gagal. Bila sudah betul-betul serius, ada ikatan seperti merisik (itu pun tidak dijamin lagi), barulah boleh dikongsikan perkara itu.

Kriteria lelaki yang disukai

Sha tidak pernah meletakkan kriteria lelaki yang diingini. Selesa dengan lelaki yang tidak cerewet. Menyukai lelaki  yang banyak bercakap namun tidaklah terlebih cakap sehingga annoying. Less is more. Suka lelaki yang kelakar yang boleh buat Sha gelak dan tidak membosankan. Selain itu dia mestilah seorang yang matang.

Banyak kali putus cinta, ambil masa lama tak untuk recover?

Masa mula-mula dulu susah sangat. Tak nak bercakap dengan orang, Selepas beberapa kali bercinta Sha sudah boleh mengawal diri. Bohonglah jika Sha cakap tak sedih bila sering gagal dalam bercinta. Setiap perempuan mestilah nak end up dengan seorang lelaki . Tetapi bila Allah kata itu bukan jodoh, Sha terimanya dengan redha.

Impian majlis perkahwinan

Bagi Sha as long ia nampak cantik, tidak keterlaluan, cukup makanan, ada keluarga , ada kawan-kawan sudah dikira lengkap untuk majlis perkahwinan.

Tema majlis

Ada sentuhan kristal tapi sebenarnya Sha suka pasda konsep garden wedding. Sha pilih majlis secara indoor. Dari segi pakaian Sha mahukan dress yang simple seperti Rizman Ruzaini, Ezuwan Ismail dan Hotta Dolmat. Warna champagne jadi pilihan kerana ia nampak mewah.

Jodoh lebih tua, apa pandangan anda tentangnya?

Alhamdulillah, sebab mereka yang berusia lebih pandai menjaga hati. Tetapi sebenarnya tidak menjamin kematangan. Sha berkawan akan tengok sejauh mana kematangan mereka.

Jika ada yang mahu menaja majlis perkahwinan anda

Bukan tidak suka ditaja, dialu-alukan tetapi jika Sha ada pilihan sendiri, Sha akan stick dengan pilihan dan planning sendiri.

Perkara yang orang tak tahu tentang Sha

Hati tisu –apa yang Sha kisah kalau orang terdekat bercakap tentang Sha. Namun kalau orang luar cakap tidak baik kerana mereka tidak kenali Sha, Sha tidak kisahkannya.

Perkara menakutkan terjadi di hari perkahwinan

Bila makanan tidak mencukupi, orang tidak datang ke majlis perkahwinan atau wedding planner tidak organize dengan betul ini antara perkara menakutkan jika berlaku di hari perkahwinan.
[/et_pb_text]
[/et_pb_column]
[/et_pb_row]
[/et_pb_section]

Published by
Putri Adila