“Usah Jadi Hamba Bank Semata-Mata Ingin Majlis Perkahwinan Yang Glamour Kemudian Berhutang”

Share

Bukan mahu menyindir, tetapi inilah realiti. Hari ini rata-rata kita dapat lihat perkahwinan semuanya yang “ada-ada” dan bukan sembarangan. Lihat sahaja dari segi dekorasinya, pelaminya, bajunya, dan semua.

Ia tidak menjadi masalah jika semua ini adalah hasil daripada titik peluh kita yang mengingkan perkahwinan idaman seperti ini. Namun, bagaimana pula kepada orang yang sederhana tetapi masih mahu nampak mewah, bak kata orang “tak nak kalah” mahu setanding seperti majlis perkahwinan mewah yang lain dan kemudian berhutang.

gambar sekadar hiasan

Kalau nak melangsungkan majlis untuk meraiikan permulaan hidup anda pun dah bermula dengan hutang, apatah lagi kehidupan selepas itu ? Anda boleh fikir tak apa yang akan jadi masa akan datang ? Kita masih muda, otak masih segar untuk berfikir panjang.

Terdapat dua pilihan:

1. Teruskan buat majlis perkahwinan seperti hari ini.

2. Membentuk budaya baru, majlis perkahwinan yang lebih berkonsepkan “mampu laksana”

Berulangkali orang nasihat. Buat majlis mengikut budget. Tidak salah nak buat majlis yang cantik dan meriah tapi itupun jika ada budget lebih. Dan dengan trend kami sekarang ni, sebenarnya banyak je kos yang boleh kita jimat.

gambar sekadar hiasan

Bersediakah anda menjadi Hamba Bank selama 10 Tahun?

Purata kos melangsungkan majlis perkahwinan hari ini adalah RM 50,000. Ini membuat majoriti bakal pengantin terpaksa berhutang dengan bank sehingga 10-15 tahun. Ya Allah, pada masa tu anak anda pun dah masuk sekolah menengah ! Fikir-fikirkan lah.

Dengan kadar pembiayaan peribadi sekitar 5% setahun, jika anda membuat pinjaman minimum RM 50,000 menyebabkan anda mempunyai komitmen untuk membayar balik setiap bulan RM 600 selama 120 bulan. Dengan interestnya lagi. Gedebak-gedebuk jumlah bayaran balik kepada bank adalah RM 72,000.

Selain itu, dengan kos sara hidup sekarang yang naik secara mendadak. Gst, harga barang naik, harga petrol naik. Anda still nak membazir dengan hanya kerana majlis 1 hari ? Tak perlu membazir jika tidak perlu dan tidak berkemampuan. Jangan seksa diri anda dan pasangan anda.

Memang benar, buat kenduri tu satu sunnah, tapi Nabi SAW tak pernah memaksa kita membuat sesuatu yang kita tidak mampu. Majlis itu hanyalah sekadar memberitahu orang sekeliling dan ahli keluarga yang kita telah bernikah dan juga sekadar menjamu tetamu yang hadir kerana mendoakan kebahagian kita.

Bagaimana anda boleh mengubah budaya kahwin di Malaysia?

Kalau anda mampu membayar balik hutang berjumlah RM 600 sebulan, ini bermaksud anda mampu menyimpan RM 600 sebulan selama 7 tahun.

Hasil anggaran kami :

– Tabung Haji (5%): RM 61,553.58

– ASB (8%): RM 69,383.72

Mulakan pelaburan hartanah sendiri.

Suami beli sebuah, isteri pun beli sebuah. Pada ulang tahun ke-7 anda, rumah tersebut dah jadi milik anda. Lepas tu bolehlah anda jual atau sewakan untuk mencari duit sampingan. Family planning untuk keselesaan hidup anak-anak nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : FB Jom kahwin

Published by
Nur Farhany Abd. Rahman