Ustaz Azhar Idrus: “Kenduri Sebelah Lelaki SUNAT, Sebelah Perempuan HARUS, Ini Hukum Islam”

Share

Merancang satu-satu majlis perkahwinan bukannya mudah. Perlu ada perancangan rapi beberapa bulan sebelum tibanya majlis langsung. Banyak perkara yang perlu ditimbangkan dalam merancang majlis kahwin antaranya kos perbelanjaan, tempahan pakej perkahwinan, barang perkahwinan serta bermacam lagi.

Kekangan masa dan komitmen dengan kerjaya antara faktor yang menyebabkan pasangan sukar berjumpa untuk berkomunikasi setiap masa. Sebab itulah pentingnya pasangan yang ingin berkahwin duduk bersama dalam merancang perjalanan majlis agar majlis dapat berjalan dengan sempurna.

Kredit foto: Pixabay

Sebenarnya pihak siapa yang perlu mengadakan majlis kenduri kahwin?

Melalui satu perkongsian diTikTok,  muizkedap telah memuat naik satu video yang menyentuh tentang soalan yang diajukan oleh salah satu jemaah kepada penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus (UAI).

@muizkedap Kenduri kawin belah perempuan, laki kena tanggung? #ustazazharidrus #muizkedap ♬ Dandelions (slowed + reverb) – Ruth B.

Berikut jawapan Ustaz Azhar Idrus.

MAJLIS PERKAHWINAN MENGIKUT HUKUM ISLAM

Jika anak perempuan nak kahwin siapa kena keluar belanja kahwin tersebut? Mana ada belanja anak perempuan. Jika mak bapa dia nak buat kenduri maka mak ayahlah keluarkan belanja.

Pengantin perempuan mana sunat kenduri kahwin. Pengantin lelaki je yang sunat. Hukum pengantin perempuan mengadakan majlis perkahwinan adalah harus. Nak buat boleh tak ada masalah, tak buat pun boleh. Itu adalah hukum Islam.

Dalam Islam, bila kahwin, pengantin lelaki sahaja yang sunat buat kenduri.

Berkenaan budaya dalam kalangan masyarakat di negara kita yang melakukan majlis perkahwinan sebanyak dua kali iaitu sekali di rumah pengantin perempuan dan juga majlis di rumah pengantin lelaki, secara asalnya hukumnya adalah harus selama tidak berlaku israf dan pembaziran.

Kredit foto: Pexels

Hal ini kembali kepada apa yang disebutkan oleh sebuah kaedah yang masyhur:

العادة محكَّمة

Maksudnya: Adat itu menjadi penentu hukum.

Ini bermakna, adat itu boleh menjadi penentu atau pemutus hukum dalam permasalahan-permasalahan yang berlaku. Yang mana permasalahan tersebut tidak terdapat padanya dalil-dalil yang jelas dalam menjelaskan hukumnya.

Hendaklah majlis perkahwinan itu dilakukan secara sederhana mengikut kemampuan dirinya sendiri (pengantin lelaki) tanpa perlu israf dan juga membazir. Inilah hikmah dari arahan Nabi SAW kepada Abd al-Rahman bin ‘Auf di atas bahawa biarlah diadakan walimah, sekalipun dengan seekor kambing.

Ibu bapa kepada bakal-bakal pengantin, sentiasalah mempermudahkan urusan anak-anak dalam mengadakan majlis perkahwinan. Paling penting biarlah anak-anak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan sebaiknya.

Sumber: TikTok muizkedap dan Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  Kredit foto: Pixabay

Published by
Hasliza