Nampaknya keluarga Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa dan suami, Ustaz Dr Azahar Yaakub selamat menerima menantu pada 2 Februari lepas. Tahun 2022, ahli akademik dan personaliti dakwah ini telah mempunyai dua orang menantu dalam keluarga bahagianya. 

Anak lelaki Ustazah Norhafizah iaitu Asyraf Murtadha selamat bergelar suami kepada Aisyah Zafirah selepas melalui alam pertunangan  kira-kira lima bulan lamanya.  Manakala  kakak kepada Asyraf,  Nur Nadratun Naeemah selamat melangsungkan perkahwinan  pada awal September 2020 yang lalu.

Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa Titip Pesanan Buat Anak & MenantuUstazah Datuk Dr Norhafizah Musa Titip Pesanan Buat Anak & Menantu

Majlis perkahwinan Asyraf dan Aisyah menarik perhatian Pesona Pengantin  memandangkan majlis yang dilangsungkan oleh  disambut dalam suasana sederhana namun meriah walau pandemik Covid-19 masih belum menemui noktahnya. Mematuhi segala syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, majlis meraikan raja sehari dihadiri tetamu dalam jumlah yang terhad. Malah, perkongsian majlis pernikahan pasangan mempelai di platform media sosial Ustazah Norhafizah menerima ucapan tahniah dari pelbagai lapisan masyarakat.

Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa Titip Pesanan Buat Anak & Menantu

Ramai memuji penampilan menantu Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa , Aisyah Zafirah. Memiliki raut wajah jelita dan redup, penampilan Aisyah yang sopan tatkala dalam persalinan akad nikah melambangkan ciri muslimah  yang  menjadikan majlis akad nikah sebagai satu momen  indah yang mencipta memori istimewa. Malah, penampilan sama cantik sama padan pengantin lelaki juga turut menyerlah di majlis akad nikah pasangan ini.

Ads

Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa Titip Pesanan Buat Anak & MenantuUstazah Datuk Dr Norhafizah Musa Titip Pesanan Buat Anak & Menantu

Pasangan ini selamat dinikahkan pada 2 Februari lalu. Manakala majlis kenduri kesyukuran menyambut menantu telah berlangsung pada 5 Februari lalu  bertempat di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid UTM Kuala Lumpur.  Sebagai seorang ibu, Ustazah Norhafizah terbuka berkongsi hari bahagia anakanda tersayang bersama warga maya.

Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa Titip Pesanan Buat Anak & MenantuUstazah Datuk Dr Norhafizah Musa Titip Pesanan Buat Anak & Menantu

Ads

Kongsi Ustazah,

Anak teruna umi, Asyraf Murtadha telah sah menjadi suami kepada puteri impian umi, Aisyah Zafirah.  Titipan doa dari umi dan abi bahkan seluruh keluarga besar kedua-dua belah pihak untuk kalian melayari bahtera rumah tangga dengan penuh Sakinah Mawaddah Wa Rahmah.

Sejujurnya kami tidak berbelanja besar. Allah mudahkan dan semuanya berjalan lancar dengan belanja yang sederhana. Semoga tuan puan sahabat semua sudi mendoakan pasangan pengantin dengan doa kebaikan dunia akhirat untuk mereka.”

Ads

Moga perkahwinan Asyraf dan Aisyah diberkati dunia akhirat dan berbahagia hingga ke syurga.

Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa Titip Pesanan Buat Anak & Menantu

 

Kredit foto: Instagram Ustazah Norhafizah Musa

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI