Memiliki rumah kediaman sendiri adalah salah satu impian setiap insan. Lebih lagi untuk mereka yang baru kahwin. Yelah, takkan selamannya nak duduk dengan keluarga kan. Kadang-kadang mesti ada perasaan nak duduk rumah sendiri dengan keluarga sendiri. Sebagai suami, tanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal adalah salah satu perkara penting dan wajib. Walaupun mungkin anda selesa menyewa, tetapi memiliki kediaman sendiri adalah lebih baik dan lebih memberikan kepuasan dalam hidup berkeluarga.
1. Lakukan Pembelian Secara Bersama
Kelebihan pasangan yang berkerjaya adalah mereka boleh membeli rumah dengan menggabungkan pemilikan rumah secara bersama, lakukan pemohonan pembiayaan perumahan secara bersama dan mereka boleh mengeluarkan simpanan akaun 2 KWSP secara bersama. Dengan cara ini, impian untuk memiliki rumah menjadi lebih mudah kerana bank yang ingin memberikan pembiayaan akan lebih berkeyakinan dengan kekuatan kewangan suami dan isteri.
2. ‘Ukur Baju Di Badan Sendiri’
Pastikan anda membeli rumah yang anda mampu biaya secara bulanan. Bila sudah berumahtangga, cara berbelanja perlu berhemah. Anda mungkin akan menerima cahaya mata dalam masa setahun dua berkahwin. Jadi, biarlah rumah yang ingin dibeli telah mengambil kira perbelanjaan lain seperti barangan dapur, nafkah isteri, duit untuk ibubapa dan persediaan untuk perbelanjaan anak. Jangan jadikan rumah idaman sebagai rumah pertama. Cukuplah dengan membeli sebuah rumah bersaiz kecil untuk keluarga baru tanpa memberi bebanan yang tinggi kepada anda dan pasangan.
3. Lokasi, Lokasi & Lokasi
Pilihlah rumah pertama di lokasi yang strategik. Rumah yang berdekatan dengan tempat kerja suami atau isteri akan mengurangkan kos perjalanan dari rumah ke tempat kerja. Rumah yang berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam seperti stesen komuter, MRT atau LRT juga harus dipertimbangkan. Sekiranya pendapatan anda dan pasangan telah meningkat, rumah yang mempunyai lokasi yang strategik ini akan menjadi tumpuan untuk anda sewakan pada harga yang tinggi sekiranya anda ingin berpindah ke kediaman baru.
5. Pastikan Anda Bebas Bankrupsi
Pastikan anda dan pasangan bebas dari rekod senarai-hitam CCRIS sebelum membuat keputusan untuk survey rumah pertama anda. Sekiranya anda mempunyai rekod kewangan yang kurang baik, pastikan anda berusaha untuk menyelesaikan perkara ini terlebih dahulu. Jangan berahsia dengan pasangan anda mengenai perkara ini. Berterus-terang adalah lebih baik dan selesaikan secara bersama agar impian anda untuk memiliki rumah akan lebih cerah. Mereka yang disenarai-hitamkan oleh CCRIS akan mempunyai peluang yang tipis untuk memdapat pembiayaan perumahan.
6. Gunakan Kecanggihan Teknologi
Dalam kehidupan serba moden dan canggih, internet adalah rakan baik untuk memburu rumah pertama. Gunakan aplikasi Google Maps bagi menentukan kawasan yang terbaik untuk berburu. ‘Like’ page-page berkenaan rumah lelong di Facebook dan rajin-rajinlah lihat laman web hartanah untuk menentukan jenis rumah dan kawasan yang sesuai dengan kemampuan anda dan pasangan.
7. Menyertai Ekspo Hartanah
Ekspo hartanah sering dianjurkan terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Sekiranya anda hadir ke ekspo hartanah, ambillah flyers yang diberikan oleh peserta-peserta ekspo ini sebagai rujukan anda. Kebiasaannya ekspo-ekspo sebegini akan menawarkan 0% deposit atau booking fee serendah RM100 sahaja. Pelbagai rebate hebat yang mungkin ditawarkan kepada anda sehingga anda tidak perlu mengeluarkan wang dari poket anda untuk memiliki rumah. Flyers yang diambil dari ekspo ini boleh dijadikan sebagai tiket untuk menyemak kelayakan pembiayaan perumahan anda dari pihak bank.
8. Lakukan Tinjauan Sebenar
Setelah anda membuat survey online dan menyertai ekspo, pastikan anda meluangkan masa untuk melihat sendiri rumah yang ingin anda buru. Kami sekeras-kerasnya meyarankan anda melakukan tinjuan pada siang hari dan juga malam hari. Kemungkinan tinjauan di siang hari kawasan tersebut lengang kerana penduduk di kawasan tersebut pergi ke tempat kerja. Oleh itu, kepadatan kawasan yang ingin anda buru hanya dapat diketahui pada malam hari.
9. Rancang lifestyle tempat bakal diduduki
Ni penting untuk anda yang berkeluarga. Pastikan kawasan tempat bakal diduduki tu mesra kejiranan. Maksudnya, mudah nak kenal dengan jiran sebelah rumah, lepas tu lihat ciri-ciri keselamatan tempat tinggal. Ada 24-hours security service, rukun tetangga dan sebagainya.
10. Buat dokumentasi
Ni kesilapan yang selalu dilakukan terutama golongan muda. Anda tak buat dokumentasi. Walhal dokumentasi ini sangatlah penting. Contohnya, macam dokumen pinjaman dan perjanjian jual beli rumah. Dokumentasi ni bukan sekadar surat-menyurat atau sekadar urusan pentadbiran semata-mata.Malah melibatkan isu undang-undang kontrak dan undang-undang tanah.
So, kalau nak beli rumah nanti, pastikan anda beli daripada pemaju yang terkemuka yang dah established, bagi memastikan proses pemilikan rumah korang berjalan dengan lancar.
Kredit/ Lokasi : IJM LAND , Pantai Sentral Park