(VIDEO) Sejuk Mata Memandang Tengok Momen Bahagia Pasangan Serasi Ini, Moga Berkekalan!

Share

Satu Malaysia sudah mengetahui status pasangan yang hangat diperkatakan masa kini antara Fattah Amin dan Fazura. Tempoh hari, kecoh dengan perkhabaran mengenai pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan berwalikan abang kandung pelakon jelita itu.

Teka-teka mengenai status pasangan ideal itu terjawab apabila kedua-dua artis pujaan ramai ini memuat naik video sekitar majlis pernikahan mereka malam tadi. Fattah dan Fazura berkongsi momen dan detik bahagia di majlis pernikahan mereka di laman Instagram masing-masing.

Sejuk mata memandang! Itulah yang dapat digambarkan saat melihat video pasangan sama cantik sama padan ini saat disatukan. Terpancar wajah kegembiraan kedua-dua pasangan apabila perjalanan percintaan mereka berakhir dengan satu ikatan yang sah.

Fazura tampil cukup manis dan sopan dalam persalinan kurung moden yang ringkas dan minimalis. Solekan malar segar ternyata menjadi padanan sempurna buat artis jelita ini. Fattah Amin pula segak dalam persalinan baju melayu lengkap serba putih. Dekorasi indah menjadi saksi terpaterinya ikatan dua hati ini. Gemeresik pelamin nuansa ungu lembut sentuhan Reka Teemor menaikkan lagi keindahan majlis yang diraikan penuh sederhana.

Jom kita lihat video sekitar majlis pernikahan antara Fattah Amin dan Fazura! Bersemut tengok video penyatuan dua hati kesayangan Malaysia ini!

Pesona Pengantin mendoakan agar perkahwinan Fattah Amin dan Fazura akan berkekalan buat selamanya! Selamat Pengantin Baharu.

Published by
Fadhli Ismail