Nikah Waktu Pandemik, Belanja Kahwin RM3K Sahaja?
Jarang-jarang juga kita dengar pasangan yang berkahwin tanpa duit hantaran. Seperti newly weds Azaria Tagaya dan suami, Reza Syafiq yang selamat dinikahkan baru-baru ini memilih untuk bernikah tanpa majlis resepsi mahupun duit hantaran. Memang sempoi!
Dengan belanja kahwin hanya RM3K, pasangan ini membuktikan urusan mendirikan masjid di musim pandemik dipermudahkan! Alhamdulillah.