Hari Bahagia Zulin Aziz
Indah sungguh jodoh aturan Yang Maha Esa untuk makhluknya. Baik Zulin mahupun Farhan pernah melalui episod pahit getir dalam mencari cinta sejati, namun lamaran di Madinah hujung tahun lalu membawa mereka ke hubungan sebagai suami isteri.
“Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak”-Zulin Aziz.