Sayang Tak Kenal Usia, Lagi Bahagia Bila Bersama
Ungkapan ‘cinta tak mengenal usia’ terbukti benar. Cinta, kasih dan sayang hadir tanpa dipaksa. Perbezaan usia 32 tahun bukanlah halangan buat pasangan Kelana b Shamsudin Alamudi,61 dan Siti Nur Nashrah, 29 tahun membina mahligai cinta.
Mendapat sokongan daripada kedua-dua pihak keluarga, pasangan ini sudah 11 tahun melayari bahtera rumah tangga.