Syurga seorang wanita yang belum kahwin terletak di bawah tapak kaki ibunya tetapi bagi seorang wanita yang bergelar isteri, syurganya terletak di bawah kaki suami. Maknanya, taat kepada suami maka isteri akan mudah mendapat ganjaran syurga.

Dalam diam tak diam, adakah isteri sedar yang isteri mungkin banyak melakukan kesilapan terhadap suami? Bagi isteri yang miliki suami pemaaf, beruntungnya anda namun bagi yang tidak bagaimana pula? Perkongsian menarik wanita yang dikenali sebagai Nor (Bonda Nor) ini seharuslah isteri sematkan dalam hati. Semoga semua isteri yang taat kepada suami akan beroleh ganjaran pahala dansyurga yang kekal abadi.

SYURGA SEORANG ISTERI

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita – makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami – sengaja atau tak sengaja.

Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah, betapa ngerinya!

IKLAN

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..

Allah Ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

IKLAN

Pandang muka suami kita. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat. itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumah tangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

IKLAN

Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walaupun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami Ya Allah. Amin. Amin.

Hargailah suami yang banyak bersusah payah mencari rezeki untuk memberi keselesaan buat isteri. Mungkin tidak semewah yang diharapkan, cukuplah dia cuba menjadi yang terbaik dan memberi segala yang diperlukan buat keluarga.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal ā€“ bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI