Hubungan

Wahai Isteri, Jangan Lupa Doakan Suami Anda. Besar Kesannya Pada Mereka!

Share

Sedarlah wahai suami, betapa mustajabnya doa isteri yang solehah jika dia bermunajat dan mendoakan suaminya dengan ikhlas. Ada rahsia disebalik keajaiban doa seorang isteri. Malah, doa seorang isteri turut menjadi kunci dan kekuatan pada kejayaan, kebahagiaan dan rezeki buat suami.

Oleh itu, seorang isteri haruslah mendoakan yang baik-baik untuk suami agar Allah membuka pintu limpahan rahmat buatnya. Setiap wanita mengimpikan ketua keluarga yang baik. Maka, mohonlah doa padaNya wahai isteri. Tidak kira di mana sahaja anda berada. Jika bukan isteri, siapa lagi yang mahu doakan suami?

Sambil masak, doakanlah suami. Sambil basuh baju, doakanlah suami. Ketika pegang tangan suami, doakanlah juga untuk suami. Tatap wajah suami dengan penuh rasa cinta. Dengan keredhaan isteri, segala urusan suami pasti dipermudahkan.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin tentang kesan doa seorang isteri dalam kehidupan seorang suami.

Besar kesannya doa seorang isteri dlm kehidupan seorang suami…

Asbab doanya, rezeki suami dimurahkan…asbab doanya, urusan suami dipermudahkan…asbab doanya, suami dilindungi dari segala bentuk kejahatan dan kemudaratan…asbab doanya, suami dipelihara oleh Allah s.w.t…

Doa seorang isteri itu sangat mustajab…

Jika rumahtangga diuji, berdoalah…jika suami tidak seperti yg diimpi, berdoalah…jika suami berpaling hati, berdoalah…jika isteri dizalimi, berdoalah…jika hak2 isteri tidak dipenuhi, berdoalah…

Allah akan mendengar doamu itu wahai isteri…jgn pernah putus asa utk berdoa…

Sumber: Firdaus Shakirin

Published by
Naqiyatul Uzma