Seorang isteri mestilah taat dan patuh pada perintah suami, tetapi itu tidak semestinya si isteri perlu mengikut semua kehendak suami walaupun benda itu salah bukan? Jadi, tak salah kalau si isteri nak menegur kesalahan suami tapi biarlah kena dengan cara.

Seeloknya berbincang dengan pasangan anda terlebih dahulu sebelum menentukan sesuatu perkara. Bukan apa, takut nanti ada perbalahan antara anda berdua. Jadi, gunakan komunikasi yang ada untuk berhubung.

Namun, itu tidak bermaksud si isteri boleh melakukan sesuka hati pada suami, adab perlu lah dijaga ya. Ingat 8 perkara penting ini!

Wahai Isteri, Jom Rebut Pahala Mudah Ni!

1. Bercakap lemah lembut dengan suami

Dah nama pun suami, janganlah pula cakap terjerit-jerit padanya. Kalau anda berada di dapur sekali pun keluar berjumpa dengannya dan cakap secara sopan, itu kan lebih elok.

Ads

2. Jangan sindir suami dengan isu sensitif

Dah masuk alam perkahwinan anda dan pasangan kenalah ‘move on’ dari perkara lepas. Jangan pula sindir suami tentang apa yang telah dilakukan pada masa lalunya. Kecil hati suami nanti. Berdosa.

3. Dengar pendapat dan hormati pandangannya

Ads

Kadang kala si suami ni dia nak memberi pendapat tentang sesuatu perkara yang akan dilakukan. Si isteri jangan mencelah dan terus tidak bersetuju pula. Dengar dulu pandangannya dan kemudian baru beri reaksi.

4. Jangan berlawan untuk tunjuk siapa lebih berkuasa

Kalau ya pun tengah gaduh tak perlu lah sampai nak tunjuk siapa yang paling berkuasa. Contoh seperti rumah itu dibeli oleh isteri, jadi maksudnya isteri yang berkuasa didalam rumah. Salah tu, walau macam mana pun dia tetap suami anda dan ketua dalam rumah tangga anda.

Ads

5. Tunjuk kasih sayang dan hormat pada keluarganya

Hormatilah keluarga mentua anda bila berjumpa. Jangan pula diam dan anti-social sahaja. Nanti mereka anggap anda ini tiada adab pula. Layan lah keluarga dia seperti keluarga anda sendiri. Ingat anda bukan kahwin dengan suami sahaja malah seluruh ahli keluarganya.

6. Kadang-kadang dia perlukan masa bersama rakan

Anda juga kena fahami dia kalau ada waktu dia nak lepak atau berjumpa dengan kawan-kawannya. Sama seperti anda, jadi bertolak ansur ok.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI