Wahai Isteri, Mudahnya Masuk Ke Syurga Hanya Perlu Taat Suami.

Share

Bagi memberi penjelasan kedudukan suami dan ketaatan seorang isteri, Rasulullah SAW dalam hadis diriwayatkan Aisyah ra bermaksud: “Aku pernah bertanya kepada Baginda siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?” Baginda menjawab: “Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi: “Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab: “Orang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim).

Begitulah tingginya kedudukan suami dalam Islam terhadap isteri. Mungkin ramai pasangan yang melangkah ke alam rumah tangga tidak dididik dengan ilmu yang membimbing pasangan itu ke arah keluarga sejahtera. Justeru itu, ramai tergelincir dalam kederhakaan. Derhaka bermaksud ingkar suruhan Allah untuk mentaati suami. Dan sesungguhnya kita mengetahui bahaya kehidupan dunia dan akhirat jika ingkar perintah dan suruhan Allah SWT. Ustaz Muhamad seterusnya menyebut banyak sebab mengapa seseorang isteri menjadi derhaka.

Derhaka bermaksud ingkar suruhan Allah untuk mentaati suami. Dan sesungguhnya kita mengetahui bahaya kehidupan dunia dan akhirat jika ingkar perintah dan suruhan Allah SWT. Ustaz Muhamad seterusnya menyebut banyak sebab mengapa seseorang isteri menjadi derhaka.

Ada tiga jenis derhaka yang disebutkan iaitu yang pertama, perbuatan tidak mentaati suami atas ukuran Allah SWT walaupun bukan atas ukuran suami.

Ia melakukan kederhakaan atau kemaksiatan kepada suami yang dianggap remeh. Derhaka seperti ini hanya Allah yang menjatuhkan hukum neraka dan syurga dan suami yang menentukannya.

Walaupun dianggap ringan oleh isteri atau orang lain, namun seperti disebutkan ulama “Orang Mukmin akan sentiasa melihat sesuatu dosa umpama gunung yang akan menghempapnya, sedangkan orang yang lalai melihat maksiat dan dosa hanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidung sahaja.”

Derhaka yang kedua adalah perbuatan menggugurkan hak nafkah suami kepada isteri. Keputusan menjatuhkan hak nusyuz ini walau bagaimanapun hanya boleh ditentukan di mahkamah syariah.

Derhaka yang ketiga adalah derhaka berganda dan inilah yang Nabi Muhammad SAW maksudkan apabila melihat ramai wanita berada di dalam neraka dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Derhaka berganda bermula daripada derhaka tahap pertama contohnya pertengkaran suami isteri. Ia menjadi berganda kerana lahirnya fitnah, rentetan perbalahan antara suami isteri.

Suami isteri akan menceritakan masalah rumah tangga kepada orang lain yang tidak berkepentingan dan layak mendengar.

Ini akan menimbulkan fitnah akibat cerita tambahan. Dalam Islam, fitnah itu lebih buruk daripada dosa membunuh. Akibat fitnah berlakunya permusuhan antara ibu dan bapa mentua kerana mendengar cerita anak dan menantu yang bertengkar tadi.

Hasilnya berlakulah pengambilan hak yang tidak sepatutnya antara anak atau menafikan hak masing-masing seperti nafkah, melawat anak, permusuhan dan banyak lagi mudarat.

Hakikatnya hanya suami isteri mengetahui kebenarannya tetapi disampaikan kepada orang lain dengan versi masing-masing. Ini dipanggil ‘derhaka berganda’ kerana dosanya berterusan umpama bola salji yang bergolek kian membesar.

Sesungguhnya berhati-hatilah dalam setiap langkah dan perbuatan hatta terhadap orang yang paling dekat dengan kita iaitu pasangan. Walaupun mereka boleh menjadi jalan membawa ke syurga, jika tersalah langkah, kesalahan dan kelalaian terhadap pasangan juga boleh menyebabkan ia terjerumus ke neraka.

Wajib timba ilmu

Justeru, suami wajib menimba ilmu dan memberi didikan ilmu agama kepada isterinya dan memastikan isteri tidak melakukan kemungkaran dan kemaksiatan dalam rumah tangga bagi mengelak neraka di akhirat.

Tegur menegur dalam meniti kehidupan dan selalulah menghadiri majlis ilmu bagi memperbaiki diri. Jika tidak, di dunia lagi neraka itu akan dirasai dengan hilangnya keberkatan dan ketenangan hati dalam ahli keluarga.

Berusahalah mencapai syurga berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Disebutkan wanita cukup mudah untuk memasuki syurga Allah SWT apabila dia memenuhi empat ciri-ciri wanita salihah iaitu menunaikan solat fardu, puasa Ramadan, menjaga maruah dan mentaati suaminya.”

Apakah ciri-ciri atau amalan yang boleh menyebabkan wanita masuk ke dalam syurga?
Terdapat 15 ciri-ciri dan amalan yang boleh menyebabkan wanita masuk ke syurga

1. Bertakwa

Bahkan syurga itu sendiri sememangnya disediakan Allah untuk mereka yang bertakwa sebagaimana firman-Nya:

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. (Surah Aali Imran : Ayat 133)

2. Percaya rukun Iman dan menamalkannya. Beriman kepada Allah SWT, malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.

Firman Allah SWT maksudnya : “ … dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah an-Nisaa’ ayat 13)

3. Percaya rukun Islam dan mengamalkannya. Bersaksi bahwa tiadalah yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadan, dan naik haji bagi yang mampu.
4. Taat pada suami dan menjaga kehormatan diri.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Sebaik-baik isteri ialah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila engkau (suami) melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan dia dapat menjaga kehormatan dirinya dan hartamu ketika engkau tiada di rumah.”(Hadis Riwayat Thabrani)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Sesungguhnya dunia dan seluruh isinya adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.” (Hadis Riwayat Muslim)

5. Bersifat Ihsan. Ihsan bermaksud seseorang itu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

6. Ikhlas kepada Allah SWT Beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir Allah SWT serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) dan tidak menyakiti hati kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang meminta-minta dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan marah dan memaafkan manusia.

Published by
Rosmah Idayu