Sikap wanita yang suka memendam rasa kadangkala agak merunsingkan lelaki. Sikap ini bukanlah sengaja dibuat-buat, namun ia adalah lumrah seorang wanita yang suka memendam rasa dan isi hatinya.
Mungkin bagi lelaki apa yang mereka inginkan itu boleh dilontarkan dengan hanya melalui percakapan, tetapi wanita lebih memilih untuk disimpan di dalam hati.
Sesetengah lelaki menganggap wanita mengada-mengada kerana suka merajuk tidak henti-henti sedangkan perbuatan lelaki itu sendiri yang menyinggung perasaan dan hati wanita. Ada perkara yang wanita tidak luahkan dari kata-kata tetapi ia boleh dilihat dari riak muka dan emosinya.
Buat kaum lelaki, jika anda masih lagi meragukan isi hati wanita, ayuh ketahui 10 isi hati wanita tidak diluahkan melalui kata-kata.
Wanita mahukan seorang lelaki yang sentiasa peka akan tarikh-tarikh penting dalam hidupnya seperti hari jadi, ulang tahun percintaan, perkahwinan dan sebagainya.
Hakikatnya, wanita tidak suka akan persaingan yang mampu mengancam potensi peribadinya.
Wanita suka emosinya dibelai mesra. Cara paling mudah serta efisien ialah dengan memberi satu panggilan telefon atau sekadar mengirim pesanan rindu menerusi sistem pesanan ringkas.
Wanita mahukan lelaki yang sentiasa berjaya memecah ruang kebosanan dan mampu membuatkan mereka terhibur sepanjang masa.
Wanita mahukan pasangannya menjadi lebih peka dengan setiap perubahannya meskipun ia sekadar perubahan yang sangat kecil.
Wanita selalu akan membawa ke mana saja lelaki pujaannya walaupun dia bersendirian! Wanita membawanya dari dalam hati dan jiwa.
Wanita perlukan sedikit rasa cemburu sebagai tanda dia mendapat perhatian yang selayaknya. Tetapi, wanita tidak suka didampingi lelaki dengan sikap yang cemburu buta.
Wanita tidak suka lelaki yang terlalu cerewet tentang penampilan dirinya sehinggakan mereka terpaksa membuang masa menunggu jejaka mereka bersiap.
Wanita tidak suka menunggu tetapi suka jika dirinya dinantikan oleh jejaka pujaannya.
Wanita suka berdampingan dengan lelaki yang sentiasa melakukan hubungan renungan mata sebagai tanda perhatian kepada setiap kata dan gerak laku.