Bak kata pepatah, ‘cinta tidak mengenal usia’. Memang benar, usia hanyalah angka namun ia sering kali mengundang prasangka negatif di dalam soal perhubungan. Apabila bercakap soal pasangan, sering kali umur menjadi ukuran keserasian pasangan. Terutama sekali apabila melibatkan pasangan lelaki yang mencintai wanita lebih berusia daripadanya. Pasti masyarakat mula membuat persespi salah. Anak ikan, kerana harta, tidak laku dan sebagaianya merupakan persepsi klise yang sering kita dengar.
Matang
Ia menjadi sebab paling utama. Tidak kiralah sama ada pasangan yang berusia itu lelaki mahupun wanita, kebanyakan daripada mereka ternyata lebih bijak dan teratur dalam menguruskan rumah tangga. Kematangan mereka juga terserlah dalam apa-apa jua soal termasuk soal anak-anak mahupun kebajikan. Ini berikutan dengan pengalaman yang diterima sejak awal. Bak kata pepatah ‘lebih dahulu makan garam’. Mereka tidak memandang remeh akan segala hal yang berkaitan rumah tangga mahupun kelangsungan perhubungan.
Stabil
Kebanyakan daripada mereka telahpun mencapai kestabiliti dalam aspek kerjaya mahupun ekonomi. Mereka juga kebiasaannya tidak punya sebarang masalah dalam soal kewangan, menjadikan mereka di antara golongan buruan terutama sekali bagi yang baru ingin memasuki alam rumah tangga. Seolah-olah ia satu jaminan, pasangan seperti ini jarang sekali terbabit dalam masalah yang melibatkkan kewangan.
Berwawasan
Pasangan yang berusia juga didapati lebih berwawasan dan punya hala tuju dalam sesebuah perkahwinan. Walaupun kebanyakan sudah mengalami alam perkahwinan yang ke beberapa kalinya, namun mereka pasti telah banyak belajar kesilapan lalu dan cuba untuk perbaikinya di masa hadapan. Ini membuktikan mereka punya harapan dan impian dalam perhubungan , seterusnya perkahwinan.
Pelindung
Dalam soal ini, ia bukan sahaja melibatkan aspek keselamatan dan fizikal semata-mata namun ia lebih daripada itu. Kebiasaannya pasangan yang berusia lebih bijak dan mahir dalam menangani aspek emosi dan perasaan, baik diri sendiri mahupun pasangannya. Pasangan berusia lebih cenderung untuk memastikan pasangannya itu selamat fizikal dan emosi tanpa dibuat-buat, kerana lazimnya kecenderungan itu lahir secara spontan atau dengan sendirinya.
Pandai Bawa Diri
Ini juga merupakan salah satu sebab yang nyata. Kebolehan untuk menjaga diri menjadikan pasangan berusia menjadii pilihan teman hidup. Bukan sahaja dari aspek keselamatan, bagi mereka yang berusia lebih kelihatan profesional, bijak menjaga imej dan peribadi, reputasi dan mereka begitu mementingkan aspek pembawakan diri terutama sekali di hadapan khalayak ramai.
Pengalaman
Ia menjadi alasan terbaik pasangan berusia menjadi pilihan. Pengalaman tidak mungkin dapat dijual beli melainkan menghadapi dan menyelaminya sendiri. Bagi pasangan berusia, pastinya pengalaman banyak mengajar mereka untuk lebih beretika dalam perhubungan, serius dalam percintaan dan bijak dalam soal rumah tangga. Sesungguhnya pengalaman itu amat berharga.