Hubungan

Wahai Suami, Tiada Wanita Yang Dilahirkan Sempurna! Bersyukurlah Dengan Apa Adanya

Share

Wanita mungkin tiada kelebihan dari segi rupa, namun dia mampu memberi kita rasa sempurna. Dia mungkin dilihat luarannya cuma biasa-biasa. Tetapi keistimewaanya adalah pada kemampuan untuk membahagiakan kita.

Sayangnya ramai orang pada hari ini lupa dan alpa. Cantik tidak lagi mendatangkan rasa sempurna jika tiada ketenangan di jiwa. Maka usah bicara soal bahagia.

Tidak Ada Wanita Yang Sempurna

Bacalah wahai suami, agar kau mengerti…

* Seandainya kau memilih wanita yang bekerja dan mahu isteri kamu kerja, kamu perlu menerima dia mungkin tak mampu membersihkan rumah sebersih-bersihnya.

* Seandainya kau mahu isterimu tidak bekerja, mahu dia duduk dan jaga rumah tanggamu, maka kamu harus menerima dia mungkin tak mampu nak hasilkan wang.

* Seandainya kau memilih wanita yang turuti apa sahaja mahumu, dengar sahaja tanpa bantahan. Kau juga harus terima yang dia mungkin tak pandai nak berdikari dan tak mampu nak hidup sendiri.

* Seandainya kau memilih wanita yang BERANI & CEKAL, kau harus terima dia, apabila dia ada jawapan, berani menegakkan hak dan punya pemikiran sendiri.

* Seandainya kamu memilih wanita yang cantik, sempurna cantiknya, maka kau harus bersedia untuk keluarkan wang untuk sentiasa mencantikkannya.

* Seandainya kau memilih wanita yang HEBAT! Kau harus terima dan tahu, dia tidak akan mudah menyerah kalah & dia memang akan keras dengan apa pendapatnya.

SEDARLAH KAMU, wahai lelaki!

TIDAK ADA WANITA YANG SEMPURNA, yang ada hanya dalam MIMPImu sahaja!

SEDARLAH KAMU, wahai lelaki!

JANGAN kamu mengeluh, jika isteri kamu tak pandai MENCARI wang & pandai habiskan duitmu.

Lelaki zaman sekarang itu, semuanya berharap wanita lemah lembut, perhatian dan cantik, punya badan bagus, berdikari dan pandai mencari duit sendiri, selain itu juga menjaga rumah tangga, hormat pada orang tua, baik hati pada anggota keluargamu.*

TAPI cuba awak bertanya pada diri awak!
Apa yang awak ada? Apa yang awak sanggup buat?

Awak HANDSOME? Terlalu SADO!
Atau awak ada DUIT yang TERLALU banyak?

ATAU
Awak pun seorang yang pernah kekurangan.
Yang mahukan perhatian, kasih sayang daripada seorang isteri?

KALAU awak tidak sempurna,
jangan pernah TUNTUT kesempurnaan daripada isteri awak!

BELAJARLAH BERSYUKUR!

Isteri itu baik buruknya tergantung suami!
CANTIK, bila si suami memberikan hak berhias
AKHLAK BAIK, bila si suami mengajarkan budi pekerti
PANDAI, bila si suami mengajarkan ilmu yang baik
SOLEHAH, bila si suami membimbing ke agama yang baik

Kredit: Rumahtangga Bahagia Selamanya

Published by
Bella