Sekali pun mempunyai wajah cantik dan mampu berikan anak, itu tidak menjamin suami setia sampai hujung nyawa. Kadang, kalau Allah nak uji, tetap akan ada masalah suami isteri. Bersedialah walau itu sebuah kepahitan yang semua orang tak mahu telan.
Nak mendalami lagi isu ini, jemput baca perkongsian daripada Marlia Ramli ini seketika.
Sebenarnya, dalam masalah ini, hanya suami dan isteri saja tahu apa yang tersirat dalam hati sehingga sanggup berbuat demikian.
Saya perhati saja kes ini dah lama.
Antara perkara yang wanita perlu belajar adalah cantik bagaimana sekalipun, kita tetap akan diuji. Suami hanya pinjaman.
Wanita..
Hatta sebegitu cantik.
Mampu melahirkan anak-anak.
Disayangi dan direstui ibu bapa.
Belum tentu suami tidak akan berpaling.
Cuma…
Keuntungan yang paling besar bagi buat isteri cantik ini adalah memiliki mentua yang TIDAK GOYAH menyokong menantu. Ini adalah rahmat yang besar sebenarnya.
Memiliki mentua yang menganggap menantu seperti anak sendiri malah sentiasa merisaukan kebajikan cucu-cucu adalah rahmat.
Ada ibrah dari kisah ini.
Di masa depan kita juga bakal menjadi mentua. Mudah mudahan kita belajar bahawa, menantu juga adalah anak.
Dalam Islam aurat menantu vs mentua adalah sama seperti aurat dengan anak kandung. Malah aurat menantu dan mentua kekal selamanya hatta selepas kita bercerai dengan anaknya.
Bila kita menjadi mentua esok-esok, jadilah mentua yang menyokong perkara HAK hatta ianya bermakna kita tidak menyokong anak kandung sendiri.
Ya!
Dalam rumahtangga, ujian sentiasa hadir. Ada yang bertahan kerana anak-anak. Ada yang disokong kuat keluarga mentua.
Setiap kita ada pelbagai sebab untuk bertahan. Setiap kita ada pelbagai sebab untuk terus menaruh harapan.
Namun… andai tangan yang memegang kerap berdarah, ada waktu kita mungkin perlu menyerah.
Menyintai bukan bermakna memiliki. Terus menarik tali yang tegang takut-takut semakin MELUKAKAN JARI.
Begitulah, moga kalian yang sedang diuji mampu bertahan dan terus bangkit demi masa depan keluarga tersayang. Jangan terduduk terlalu lama, kerana ada pelangi yang sedang menunggu untuk mewarnai hidup anda.
Sumber: Marlia Ramli