Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Siti Elizad sebak ketika menerima ucapan daripada suaminya Shamsul Baharin Abdul Rahman sempena Hari Wanita dalam segmen Pagi semalam.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok Sinar, Shamsul menyamar sebagai pemanggil, menitipkan penghargaan buat isterinya yang disifatkan wanita terhebat.
Identitinya ‘terbongkar’ apabila dia menyebut nama pelakon berusia 38 tahun itu sebaik meluahkan tentang cahaya mata yang masih dinanti-nantikan oleh mereka berdua.
Elizad sebelum ini pernah menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebanyak dua kali sebagai usaha untuk mendapatkan zuriat namun tidak berjaya.
@sinar_my Suami Elizad menyamar jadi caller tadi. Sebak dengar ucapan suami Elizad sempena Hari Wanita hari ini. Terutama bila menyentuh soal zuriat 🥺 Beruntung Elizad dapat suami penyayang, penyabar dan sangat memahami. InsyaAllah suatu hari nanti dikurniakan zuriat. Amin #SINARKongsi #PagiDiSINAR #fypシ #xyzbca ♬ original sound – SINAR
Elizad begitu terharu. Sambil cuba menahan air mata, Elizad mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang sentiasa bersabar menunggu kehadiran cahaya mata.
Jep dan Angah turut meluahkan rasa terharu dengan ucapan tersebut. Pada masa sama mereka sedaya upaya menceriakan konti seperti biasa.
Untuk info, Elizad dan Shamsul Baharin mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.
Sumber: TikTok Sinar Instagram Siti Elizad