Hubungan

Wanita Berdikari, Simpan Sedikit Hal Rumah Tangga Untuk Si Dia Buat

Share

Ramai wanita suka berdikari tetapi jangan terlalu buat semua benda sampai pasangan rasa selesa. Bukan nak provok tetapi risau suatu masa apabila terbiasa dengan keadaan itu, si dia serahkan 100% pada anda sahaja.

Bak kata Puan Suhaili Baharudin, bukan bodoh tapi buat-buat bodoh. Mengerti?

Wanita Berdikari Tak Salah Tapi Biar Berpada

Alam rumah tangga langsung tak sama dengan semasa bujang. Kita yang perempuan yang well educated, gaji besar, bonus besar, nak beli apa tak ada halangan langsung ni bila berkahwin ada tendency untuk bawa perangai berdikari kita ni dalam perkahwinan tau.

Kita boleh sediakan barang keperluan rumah, kita boleh bayarkan semua bil, kita boleh sap sap soi laju siapkan kerja rumah, jaga anak, drive ke sana sini setelkan urusan rumah tangga. Semua kita boleh. Yes sebab memang kita boleh.

Kita cerdik bijaksana, berdikari dan berjaya pendek kata campaklah aku kemana saja gerenti aku boleh hidup.

Tapi akan sampai satu masa tu nanti kita penat. Kemudian kita tertanya-tanya apa satu sen tak guna laki aku ni? Semua aku buat baik tak payah kahwin. Mula naik menyampah, perkahwinan jadi hambar dan disconnect perlahan-lahan.

Perasaan Hilang Dan Mula Tawar

Yang awalnya atas dasar cinta, kaulah segalanya, aku ingin berada dalam dakapanmu sepanjang hayat bla bla yadaa yadaa tadi tu mana pergi?

Sebab kita pergi buat semua benda. Lelaki ni kebanyakkannya fikiran depa simple. Dia nampak kau boleh buat semua jadi dia biarkan sebab dia fikir kau okay with that. Apa lagi kalau lelaki yang memang tagune tu ye dak?

Waktu ini kau mula benci bila tengok dia terbaring riang depan tv atau sedap keluar melepak dengan member sedangkan kau macam nak terpukang siapkan semua benda dalam rumah tu. Penat nak mampus tahu tak?

Dulu kita tengok dia lawa, kemas bergaya tapi selepas kahwin, eh apsal dah rupa kurang sara? Sebab penat luar biasa tu.

Baby kecil baru lahir tu comel dan membahagiakan. Iya memang, tapi si kecil comel tu akan mengambil seluruh ruang dalam hidup kau sehingga kau lupa nak jadi diri sendiri. Hidup kau akan lintang pukang sampai ada ibu yang depresi. Suami pula tak bantu? Habislahhh.

Kawan-kawan yang single, fahamilah bahawa perkahwinan itu kehidupannya nanti langsung tak sama selepas berkahwin.

Ya, banyak isu lain yang aku juga tak sependapat dengan beliau termasuk penggunaan perkataan ‘buat-buat bodoh’ adalah kurang betul yang membawa pada salah faham pula pada kita. Sepatutnya boleh pilih perkataan dan laras bahasa yang lebih molek.

Tapi rasanya pemahaman aku ialah contohnya camni:

Aku ni tergolong dalam golongan tak bodoh pun. Budak pandai cemerlang kerja ofis best haaa bonus 8 bulan gaji. Serba serbi boleh buat tapi bila kahwin tiba-tiba aku menjadi bodoh.

Tak pandai pasang rak gantung tuala lah, pili air ketat tak pandai buka la, sinki tersumbat rasa nak panggil bomba lah entah apa lagi aku merepek macam insan yang lemah sangat. Macam-macam lah sepanjang berbelas tahun kahwin ni perangai buat-buat bodoh aku ni keluar.

Jangan Buat Semua Benda

Sebenarnya aku boleh buat, boleh belajar dan boleh usahakan juga semua tu tapi aku memilih untuk jadi mengada dan minta suami yang setelkan. Menurunkan ego aku dan membuatkan dia sungguh merasa diperlukan. Kadang aku tanya soalan bangang semata nak dengar dia jawab dengan cemerlang. And it works well.

Nampak lemah, manja dan gedik, eh tapi kan tu suami kita. Biarlah. Kita pun akan kurang penat, tenaga kita pun ada lebihan untuk buat perkara-perkara yang kita sukai.

Bila kita tunjuk boleh berdikari sangat suami akan terlepas pandang sakit penat seharian kita hingga dia dah tak peduli pun. Kau merungut pun dia buat biasa aje sebab dia tahu kau akan tetap bangun dan buat semua benda juga.

Anak berderet? Menangis la kita seorang diri sambil meratap kenapa aku yang kena buat semua benda? I want my life back gitu.

Kahwin Nanti Baru Faham

Maksudnya cerita aku ni ialah buat-buat bodoh tu bukan sampai menjatuhkan maruah kita sebagai perempuan, mendowngradekan level intellectual kita sebagainya. Tidak.

Suami tu tahu dan faham sangat kecerdikan isteri dia. Bercinta bukan main beria mustahil dia tak nampak bijaksana kita kan?

Tapi aku setuju pemilihan ayat beliau sepatutnya perlu lebih tepat, molek dan manis supaya tak ada yang terasa hati.

Kepada geng bujang: jangan buat-buat bodoh dengan boyfriend kerana nanti sedap pulak kita dipijak-pijak. Serlahkan kebijaksanaan dan kekalkan kerendahan hati. U go girls!

Hah, jadi kepada wanita di luar sana, sila bertindak dengan cara yang betul. Jangan buat semua benda sebab rasa nak berdikari. Simpan sedikit untuk suami buat agar kita dapat rasa yang kita berkongsi hidup dan ada orang jaga. Begitu!

 

Published by
Nadia