Setiap hubungan itu berjalan dengan lancar kerana beberapa faktor, jika mereka pandai mengawalnya hubungan akan kekal lama dan bahagia.
Untuk menjadi wanita yang setia kepada pasangan itu mudah, kerana sememangnya sifat kasih sayang dalam diri wanita itu sangat kuat. Oleh kerana terlalu sayang ianya akan menyebabkan timbulnya masalah apabila terjadinya perkara-perkara yang tidak sepatutnya wanita itu lakukan.
Seorang wanita yang baik dan bijak tidak akan menjauhkan pasangannya dari ahli keluarganya sendiri. Begitu juga rakan-rakannya, sedar lah bahawa sebelum dia mengenali anda mereka sudah lama rapat dan jangan kerana anda hubungan mereka renggang dan berjauhan.
Beri semangat dengannya dalam melakukan apa yang diminatinya, jangan melarang minatnya selagi ianya tidak memudaratkan. Menjauhkan diri seseorang daripada minatnya dapat menjatuhkan semangatnya.
Jadilah wanita yang pandai berdikari, jangan hanya mengharapkan pasangan anda menanggung segala keperluan anda.
Wanita bijak akan membenarkan pasangannya menjadi dirinya sendiri. Dia sentiasa terima tabiatnya yang menjengkelkan dan aneh, dan tidak akan cuba untuk mengubah lelaki itu menjadi orang lain.
Cemburu adalah emosi biasa dalam manusia. Wanita bijak akan mempercayai pasangannya, dan yakin untuk tidak terus membuat konklusi atau mengamuk kerana wanita lain. Anda perlu pandai mengawal emosi walaupun dalam hati memang terasa cemburu.
Wanita bijak tahu sempadan pasangannya dan menghormati sempadan itu dengan tidak melebihinya. Dia tidak akan melihat mesej atau emel lelaki itu tanpa pengetahuannya.
Wanita yang bijak tidak akan memaksa pasangan nya untuk mengikuti minatnya. Jadilah diri sendiri dan itu lebih selesa
Wanita bijak tahu bahawa dirinya adalah bahagian yang penting dalam kehidupan pasangannya. Begitu juga dengan keluarga pasangannya, hobi, kawan-kawan, dan karier.Dia tahu mereka tidak perlu bersama 24/7 untuk mencipta hubungan yang bahagia.